Rabu, 10 Maret 2010

sedikit ulasan REPUBLIK IMAJINASI

Cemburu pada samudera yang menampung segala,
Cemburu pada sang ombak yang selalu bergerak...( iwan fals )

Akhir-akhir ini ada suatu benda yang aku fikirkan. Aku tak tau apa yang sedang bercelaru dalam fikiran aku sekarang. Hendak dikatakan memikirkan soal kerja itu memang benar. Tentang cinta juga benar,tentang hidup juga benar, tapi semuanya itu tidaklah sampai terus membuat aku betul-betul memikirkan satu tahap pemikiran yang sedasyat sekarang ini. kenapa ya? Sebentar aku cuba fikirkan......

Oh ya!!Aku ingat!!aku bermimpi dan selalu memikirkan untuk menjadi seorang 'PRESIDENT' !!Yeah Presiden di Republik Imajinasi. Walaupun hanya berimajinasi tapi aku sangat ingin berada di kerusi kekuasaan. Aku ingin memerintah sebuah negara dengan kejujuran,pertimbangan,dan rasa kasih sayang. Dimana aku akan bentuk menteri-menteri yang berkaliber dan berjiwa rakyat untuk duduk dalam kabinet pemerintahanku. Dan aku telah pun memilih calon-calon menteri yang lulus dari segi pengalaman,akedemika,pemikiran,dan tanggung jawab. Mereka akan mengatur negara sesuai dengan bidang yang telah ditugaskan. Transparansi hukum adalah jalan yang terbaik menuju suatu negara demokrasi yang absolut ( mutlak ).

Negara harus bebas dari penjahat-penjahat korupsi,politik, dan bermacam-macam penjahat, termasuk penjahat kelamin ( kaki sex ). Memberi pendidikan percuma kepada seluruh umat manusia yang berwarganegara dan bukan warganegara. Untuk yang bukan warganegara atau penduduk tetap ( permanent residance ) atau yang lebih jelasnya pelajar dari luar negara harus membayar biaya pendidikan sesuai dengan tahap kemampuannya. Pendidikan adalah keperluan asas setiap manusia dimana kemajuan negara serta perkembangan terletak pada rakyat yang pintar dan generasi yang mampu mendaulah bangsa dengan bijak dan aman. Mahasiswa Pengajian Tinggi juga harus bijak membuat perubahan di atas bangsa. Bijak macam kancil,kalau bodoh?macam UMNO!Oleh itu menteri yang akan aku angkat menjadi menteri pendidikan juga harus punya teras pendidikan yang layak dan pengalaman memperlajari alam raya dan yang penting sekali adalah menteri ini bukan kaki rogol!


* Mahasiswa menjadi teras perubahan*

Kesihatan? Ya kesihatan juga adalah keperluan asas dan patut di perolehi secara percuma oleh setiap mereka yang bernyawa terutama manusia. Jika kesihatan di pungut banyaran, itu bukan negara namanya. Itu ' Chukong' yang menjadikan setiap manusia adalah konsumen yang perlu di peras duitnya. Oleh itu semua hospital swasta akan di nasionalisasikan atau lebih senang maknanya adalah di kerajaankan. Bagaimana kalau mereka yang tidak berduit sakit dan perlukan rawatan? Itulah seperti yang aku tuliskan di atas tadi. Kalau kesihatan itu perlu di bayar itu adalah negara chukong. Chukong itu adalah tawkey-tawkey cina yang memeras dan mementingkan keuntungan mereka sendiri. ( maaf ini bukan satu penulisan tentang rasisme) penulisan bersangkutan tentang chukong ini juga ada dimuatkan di dalam buku penipuan internet penulisan Hishamuddin Rais. Nak tau lebih lanjut apa itu Chukong, boleh cari buku Hishamudin Rais atau layari blog beliau di google ( taip : tukar tiub ). Berbalik kepada kesihatan itu tadi. Kalau rakyatnya tidak dapat rawatan kesihatan percuma bagaimana rakyat boleh menjaga kedaulatan negara bukan? Itu semua perlu kerana asas dan teras kemajuan serta kedaulatan terletak pada tubuh,akal serta jiwa yang sihat. Ilmu adalah sangat penting untuk menerajui satu perlembagaan sosial demokrasi yang jitu serta bermarwah. setiap rakyatnya ( tapi bukan nazi ya). " Rakyat harus menang melawan penindasan, rakyat harus menang!!" Itu nyanyian semangat buat rakyat! Walaupun aku nantinya akan menjadi pemerintah dan orang nombor satu dalam negara, tapi aku bukanlah ditaktor yang mementingkan diri sendiri serta kuasa. Aku ingin rakyatku semua bebas dari sistem penindasan yang dilakukan oleh banyak negara. Bagi aku, keselesaan dan kesejahteraan setiap manusia adalah ketika mereka mula keluar dari rahim ibu hingga ke kehidupan terakhir yaitu di kafan dan di masukkan ke liang lahad. Aku akan sediakan kubur percuma untuk rakyat aku. Bagi yang bunuh diri aku akan sediakan tempat pembuangan mayat yaitu dekat kolam buaya! bagi buaya makan!! Kalau berani buatlah!! oleh itu menteri kesihatan perlulah sihat dan perlu ilmu yang luas. Menteri yang suka hisap dadah boleh jadi dokter kat longkang besar Pasar Seni. Apa seh hisap dadah!Hisap Ganja lah kalau berani!

Sebenarnya Pemerintahan dan kekuasaan adalah tumpuk pada satu ketamakkan yang berlandaskan pada sistem UUD ' Ujung-Ujungnya Duit'. Begitu kalau kita lihat dinegara-negara dunia kedua dan ketiga. Negara dunia pertama begitu juga tetapi agak cantik mainnya. Apa yang aku imajinasikan pada Republik Imajinasi ini adalah bagaimana hal ini dapat di realisasikan oleh pemerintahan negara-negara. Apabila kita duduk pada tumpuk kekuasaan,segala akan jadi terbalik dari sangkaan. Kekuasaan hanya pada hujung pena ' power is very sweet'. Aku akan bahaskan ini lebih panjang pada skrip teater ' REPUBLIK IMAJINASI' yang akan aku kerjakan nanti. Semua ini perlu perbincangan dan debat khusus di antara kawan,pakar politik, dan tokoh budaya serta perkampungan. Mengerjakan skrip teater bukanlah satu kerja yang mudah. Kita akan berhadapan dengan segala macam perdebatan dan penentangan yang cukup luar biasa pada apa yang kita tulis. Teater adalah dimana lakonan yang penuh dengan politik. Lihat saja bagaimana teater ' Satu Merah panggung' yang di pandu oleh Ratna Sarumpaet. Beliau meledakkan gerakkan perlawanan terhadap orde Baru Soeharto dengan teater politik beliau. Begitu juga teater ' Koma ' . Teater adalah seni lakonan teater yang kritis terhadap politik.

Perkembangan teater dimalaysia masih belum mendapat sambutan yang baik. Teater yang banyak disunting dimalaysia masih lagi pada tahap menyedihkan bagi para pejuang aktivis teater. So, Harapan kedepan kita akan membuat teater menjadi satu tontonan dan pelajaran yang bermakna untuk genarasi akan datang. Bagaimana kalau kita harmonikan negara tanpa adanya penindasan,polis,tentera,dan politk penidasan. Kita ubah negara dengan teater dan penulisan. kita buat satu mazhab ' Revolusi Pena'! Kalau bro hisham terbaca agak-agak dia akan bantu aku pembikinan skrip ni tak ya? Kita kena duduk cantik sambil berbincang la bro! Tapi bro yang belanja eh. Aku standbya Dji sam Soe dengan Suria original!Amacam?

5 komentar:

  1. Dlm republik imajinasi tu ko ttp diktator gap; ko memilih diri sendiri. Aku mau jadi pejuang pendobrak republik kau. Haha

    "power corrupts; absolute power corrupts absolutely."

    BalasHapus
  2. dislicker : supra as suck!

    si tolol: yups ini negara imajinasi aku yang mengimajinasikannya.so terpulang pada aku untuk mengurus dan mengatur sebuah negara. aku tidak berkata dan tidak menulis bahwa aku ingin menjadi ditaktor.kan aku dah tulis bahwa semua yang di jalankan dan dilakukan negara harus tranparansi. tapi privacy tetap ada,tapi tak menyeluruh. tapi ini hanya sebuah imajinasi. bagaimanapun aku perlukan sesiapa yang berminat untuk membantu pembuatan skrip imajinasi. ape perlu kalau kita buat republik imajinasi tanpa pemerintah dan semua di ambil alih oleh rakyat. tapi tak boleh pakai republik..heheh

    thanks for comment~!

    BalasHapus
  3. berimajinasi saja ini org..haha~ xpe..ne tau la kann..imajinasi itu tangga kenyataan..lau nk cepat nek escelator ye..tp citer kau kali ni bbaur politik..aku xbpe minat hal2 politik ni..sori beb..sume mcm maen wyg..hipokrit..aku lak blajr utk tidak hipokrit..bole gitu encik gaf..? <<merepek sudaaa...

    BalasHapus
  4. heheh...ini hanya sekadar imajinasi yang bukan impian aku. Aku hanya menyatakan satu sisi pandang positif terhadap ketua negara yang ada di muka bumi ini terutama indonesia dan malaysia. imajinasi ini cuba mewujudkan satu pandangan moral positif pemerintah ke rakyat.

    politik memang menyebalkan dan membosankan. tetapi bagi aku dan kawan2 kita harus masuk dan terjun ke dunia politik untuk menghuru harakan setiap agenda mereka yang menindas.

    kalau nak mewujudkan negara yang aman dan damai bukan hanya di syurga. di dunia pun boleh kalau pemerintah tidak tamak dengan kuasa dan pangkat!

    betul puan shazreen?lain kali aku cuba buat cerita yang tak sangat menjurus kepada politik secara berlebihan...

    BalasHapus