Minggu, 26 Juni 2011

kawan-kawan yang selalu ada PART 1




Fahmi...erm..dia ini adalah salah seorang kawan aku yang banyak beri kritik pedas terhadap diri aku. Kritik yang di maksudkan bukanlah kritik yang menjatuhkan mental atau menjatuhkan diri ke longkang atau sebagainya. Tapi yang lebih tepat kritik yang baik. Dari hasil kritikannya,aku saat ini telah pun sedikit sebanyak telah mengetahui cara untuk menggunakan program autocad.terima kasih Fahmi...Walau orangnya kelihatan berlagak dan ganas.Sebenarnya dia adalah manusia yang baik dan comel. Kalau dia berlagak,ajak kawan kalian ramai cabut tayar kereta waja dia!


Ini Farouq@ pakcik farouq @ wakyo @ M Kugiran Jiwa. Bukan geng gagak hitam!Seorang driver lori di bidang kerja raya kot.Aku pun lupa dia kerja apa. Tapi yang pasti dia memberi pendidikan singkat kepada pekerja-pekerja. Tapi jangan tanya dengan aku dia dah nikah atau belum.Memang aku tempeleng kalau ada yang tanya pasal tu.

Dia ini adalah kawan yang di katakan dekat dengan aku. Dia selalu mengajak aku melakukan sesuatu hal di luar kebiasaan aku. Seperti dia akan suruh aku mencari pembantu rumah asal Vanuezela untuk di pekerjakan di rumah bos dia. Nama bos dia saravanan. Memandangkan aku bukan Agen tenaga kerja,akhirnya aku tidak di percaya oleh tenaga kerja yang aku rencana merekrut.damn!

Satu hal yang paling aku suka ketika dia mengajak aku ke Batu Pahat. Dia akan bawa aku ke kampung dia di Parit Daun. Disini majoriti penduduknya adalah dari suku Jawa. Atmosfera berubah seketika ketika aku tidak seperti di Malaysia tetapi di Semarang,Indonesia.hahaha..

Kedua orang tua dia sangat baik dan taat kepada agama. Aku sangat bangga dengan ayahnya dia ni. Nama beliau Hj. Gapur.. kalau tak salah aku. Nama jalan ke rumah dia pun adalah dari nama Ayah dia Haji Gapur. Wakyo ni kalau di suruh sembahyang oleh ibu dia,dia akan sembahyang dengan cara koboi. Tapi dia ini suka ketawa dan suka main bulu lebat di perut dia..rindulah dengan dia ni..erm...

Rizman. Pejam celik pejam celik sudah pun 30 sen kawan aku satu ini. Rizman seorang yang tidak banyak cakap. Mungkin sebelumnya aku pernah tulis tentan kawan aku satu ini di rubik penulisan aku sebelumnya. Tapi aku banyak berhutang jasa dengan dia ni. Dia banyak membantu aku dari segi material dan keuangan waktu aku jobless di Johor bahru. Man beli screen printing,cat,dan tshirt. Man tak pernah memberi hasil cetakan aku dengan perjanjian yang telah kami sepakati,tetapi dia memberi lebih dari apa yang telah kami sepakati. heheh..

mudah-mudahan man akan di beri rezeki yang selalu cukup dari Allah S.W.T...Man,kalau ada waktu percuma cukurlah janggut tu,nanti banyak mahkluk lepak kat janggut tu..ahaiiiii

Seorang mahlok ni,kalau orang yang tak kenal,mesti fikir dia ni kaki lentok @ kaki tidur. Sebab apa?sebab mata dia selalu layu je. Lepas itu dia akan ketawa bila aku bercakap. Sebab dan muasababnya hanya kami yang kenal dia je yang tau.

Pernah satu hari dia ni tak tidur,dan baca buku setebal ribuan muka surat. Kesian juga aku tengok dia. Nak tolong,aku memang tak tau tentang hukum majestrit ni. Nak buat macam mana lagi,diam dan bagi semangat je yang aku sanggup. siapa suruh jadi peguam!

Dan kebiasaan dia waktu hujung minggu waktu bersama dulu adalah ke syurga The Zone. apalagi...mabuklah kami semua. dan satu lagi perangai tak senonoh dia adalah mengutuk aku memang kaw-kaw punya.kanena!tapi aku rindu sial!

Sekali pandang mungkin seperti lelaki kan mahlok yang duduk di bawah aku ini. Dia ini adalah Su Santos. Dia boleh di katakan kawan dan sahabat yang baik. Walau awal perkenalan sikap yang kami tunjukkan adalah malu-malu anjing. Tetapi setelah hati berkenan satu sama lain,akhirnya jadilah kekasih. Mantan kekasih kalau saat ini.heheh..

Dia ini mempunyai sifat suka menyendiri. tetapi di balik kesendirian dia,dia ramai dalam khayalan dunia maya dia.paling tidak dia akan memberikan ciuman curi-curi ke pipi aku. aku punya senang dan gembira,memang tahap babi kena sawan! Hal yang akan di ceritakan juga tidak seromatis pasangan bercinta lainnya. kami kalau dating,selalu bercerita seputar komunitas,muzik,dan kehidupan yang serba serbi parah.

Untuk saat ini,aku tidak lagi pernah berhubungan dengan dia. Terakhir ketika lebaran tahun 2010 kemarin waktu aku dengar suara dia di talipon bimbit wakyo. Aku rasa dia kena sampok sampai tidak mau menegur aku lagi.hehe..tapi walau bagaimana pun,dia adalah kawan,kekasih, dan sahabat yang baik yang selalu kuat menghadapi rintangan dan cobaan hidup ini.

Semoga saja nanti dia akan menjadi power ranger.apa kena mengena dengan power rangers ni?alahai...

Aku kalau tak salah aku pernah tengok tv dekat sini,ada seorang tukang gali kubur yang serupa wajah dia dengan Wakkang ni. Tapi setelah aku perhatikan betul-betul,orang tu bukanlah wakkang. Takkan wakkang sekolah tinggi-tinggi sampai university kerja gali kuburkan. Tapi bagi aku tak hairan kalau seorang sarjana muda bekerja penggali kubur sebab kat Indonesia ni banyak sarjana muda berprofesi sebagai penggali kubur.

Wakkang ini adalah kawan yang aku kagum. Dia ini salah seorang yang tinggi ilmunya. dia suka pergi ke forum-forum diskusi dan menggelarkan bengkel d.i.y. Dia saat ini sedang berjuang untuk masa depan dirinya di university di ibu kota malaysia. mudah-mudahan satu hari nanti dia akan jadi seorang yang dapat mengubah malaysia dari jeratan pemerintah kuku besi Barisan Nasional.

Walau nampak seperti alim ulama,tapi dia ini sedikit tak senonoh kalau mabuk. Suka lucah!hahaha..tapi wakkang adalah salah satu yang tidak boleh hilang dalam gerakkan perlawanan di jb.sebab dia mempunyai ambisi dam optimisme yang tinggi.

woi!!kereta kau,tingkap belah kiri dah boleh buka belum???panas siot!!

Kalau ilmu design men-design jangan cakap kalian hebat kalau belum boleh buat hasil yang menawan seperti kawan aku satu ini. Mungkin kalau dalam komplotan designer di jb terutamanya,pasti kenal dengan dia ini. Nama dia Jezz.Bukan jezlina seperti yang sering aku panggil. Dia seorang berdarah jogjakarta,daerah seni yang termashur di indonesia. dan dari keturunan akhirnya dia memang menjadi seorang seniman yang handal. Tidak hanya di komputer,tetapi lukisan tangan juga hebat!!mantap!

Walaupun mempunyai keahlian di luar batas,jezz masih berimpian untuk menjadi seorang guru dalam bidang design graphic. Walaupun hal itu tidak sepenuhnya terwujud atas sebab jezz tidak mempunyai degree. Tetapi jezz adalah guru yang baik buat kita semua. dia mengajar tanpa meletakkan harga tertentu.Seikhlas hati je..tapi aku yakin,kalau satu hari nanti dia akan menjadi seorang designer yang di perhitungkan hasilnya di dunia internasional!

Takde plan nak buat dangdut hardcore ke jezz??

bersambung lagi.............

4 komentar:

  1. kawan mu kawan ku jua...

    BalasHapus
  2. kita semua kawan...kamu pun ada nanti..part 2 ye:)

    BalasHapus
  3. semua nya ada disini..memang seharusnya seorang teman bisa mengerti dan mencoba untuk melihat dari sudut pandang yang berbeda. Jangan terlalu terburu-buru untuk menilai apa yang terjadi pada diri mereka, karena KAMU TIDAK MERASAKANNYA!

    BalasHapus
  4. ya...kerana kawan sampai saat ini saya masih tetap mengenang:)

    BalasHapus