Senin, 08 Maret 2010

Embrace Hall dan cerita didalamnya

Hari-hari indah itu adalah bersama tertawa,berjenaka,bertanya,dan berhibur! Tapi ingat ada sisi yang menggelapkan dari itu semua yaitu iri hati..

Ah...sudahlah aku pun tak mau menikam teman-temanku yang selama ini banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Bukan kurang ajar!kawan-kawan tak mau lawan!

disini tempatnya ketika saya mula terhibur dan bertanya kenapa kawan?Kau selalu tersenyum dan tertawa....Ini saya tunjukkan tempat yang paling syurgawi..

*Ini dia tempatnya kawan*

Kenapa aku selalu ke sini? Itu satu soalan yang bagus yang aku pertanyakan untuk diri aku sendiri. Mungkin susah kalian nak bertanya atau daripada tidak ditanya-tanya,baik aku tanya sendiri. Sebenarnya aku boleh dikatakan dekat dengan kawan aku yang bernama Fahmi. Beliau ini adalah sang empunya Embrace Hall ini. Kalau kalian nampak dia dijalan dan agak ganas perwatakkan wajah atau dari segi jalannya,itu hanyalah luaran saja. Dia orang baik. Jangan pow dia tau. Ni aku tunjukkan siapa dia,manalah tau kalian jumpa di luar atau selisih bahu, boleh saling kenal mengenal. Ye tak??

*Inilah fahmi dan sang empunya Embrace Hall tu. Ramah dan baik hati*

Di embrace hall bukanlah tempat sesuci masjid atau semulia tempat pertemuan parti politik bersimpatikan agama. Tapi bagi aku ia satu tempat yang menarik dan banyak pelajaran yang aku dapatkan. Sumpah!aku belajar dan dapat pelajaran disini tak menggunakkan sesen haram pun untuk membayar kos belajar. Ini boleh dikatakan satu institusi yang terbaik yang pernah di miliki oleh negara Malaysia selepas CBGB di Amerika Syarikat yang telah tutup akibat hutang. Tapi setakat ini embrace masih suci tanpa hutang dengan kerajaan seperti PTPN.

Di embrace Hall ini ada bermacam-macam piringan cerita yang boleh di tonton. Ada juga filem-filem dokumentari yang mengisahkan berbagai cerita tentang aspek kehidupan di mana-mana negara. Disini ada seorang sahabat aku bernama Rizman. Beliau ini sangat baik dan boleh dikatakan 'geng of Alcoholic' dengan aku. Rizman memiliki satu penyakit yaitu menonton apapun filem cerita. Sesetengah orang akan menonton cerita mengikut selera masing-masing bukan?Ada yang hobi menonton cerita komedi,horor,bunuh membunuh,perang,dan mengintip orang berak atau mandi( sekodeng orang mandi tu cerita alami tanpa skrip dan percuma). Tapi Rizman sangat berbeza.Dia menonton apa saja yang saya tuliskan diatas melainkan tidak suka menonton orang mandi atau berak(sekodeng),cerita melayu dan cerita bodoh senario. Itulah penyakit yang ada dekat rizman yaitu apapun cerita tetap best kecuali yang aku tulis di atas tadi tentang pengecualiannya. Ini dia aku tunjukkan sahabat aku yang sedikit misterius..

* jangan macam-macam!saya boleh kasi hantam you punya tengkuk tau!*

Se-punk-punk apapun kita harus tau dan punya sedikit pengetahuan tentang alam sekitar,undang-undang dan macam-macam lagi. Kenapa kita kena tau semua itu? kita punk kena taulah. Kalau tak tau jangan jadi punk,jadilah orang-orang bodoh macam orang bodoh!porah!! Dekat embrace dilarang ber-sex bebas,homophobic,anti perkauman dan macam-macam lagi sisi negatif yang tak patut masuk ke ruang sendi kita kaum muda yang bercita-cita berevolusi. Disini ada sahabat aku yang kecil molek dan suka ketawa kalau aku bercakap. Aku pun tak tau apa penyakit dia ni. dia punk!Tapi jangan macam-macam dia ini seorang 'PEGUAM'! Ha!!!aku dah cakap tadi bahwa punk itu harus tau tentang apa saja, dan kawan-kawan disini semuanya punya karier yang baik untuk melangsungkan cita-cita bila berkeluarga. Kalau aku?hanya tuhan yang taulah...Ini aku tunjukkan siapa peguam punk itu yang sedikit hari lagi Gobind Singh peguam yang hebat itu akan jadi pekerja dia pula.

* Inilah peguam punk yang saya ceritakan itu*

Wakkang? Siapa dia?erm...baiklah kalau kalian semua ingin tau siapa dia ini,aku akan cerita siapa lelaki ini. Dia bukanlah seorang lelaki Indonesia yang bertarung hidup mencari rezeki dan di peras oleh agen-agen pekerja asing di negera Malaysia ini. Beliau ini seorang warganegara Malaysia dan punya kombinasi genetik Indo-malay. walaupun dia seorang yang masih muda,tapi idea serta pemikirannya tergolong cukup tua dan punya nilai pandang eksotis seperti layaknya penari 'striptise' di diskotik. Tapi beliau cukup pantang masuk diskotik sebab-sebab mengapa dia tidak suka diskotik hanya tuhan saja yang tau. Sekarang beliau sudah bekerja di salah satu syarikat Insurans di Taman Universiti JB merangkap sebagai tukang taip. Selepas menamatkan pelajaran di salah satu Institut pengajian,beliau melanjutkan karier dengan berniaga kuih muih. Berniaga lebih kurang 2 bulan,peniagaan memasuki tahap muflis akibat pengaruh ekonomi global. Jadi beliau menapak membaiki kehidupan dengan pekerjaan seperti sekarang ini yaitu tukang taip. kenapa beliau dan Embrace saling dikaitkan? Sebab beliaulah ' pak meriah'-kan acara-acara di embrace walaupun harus menari seorang diri.

pandangan unjuran ortografik..
* macam model syampoo rambutkan?*

Semua yang berbadan sihat tidak semestinya selalu lambat dalam melakukan sesuatu. Aku memiliki sahabat lagi yang aku panggil namanya dengan panggilan 'Aji'. Beliau bukan seorang Haji atau Mufti besar Johor. Beliau adalah seorang yang bernama Aji dan seorang hardcore kental yang memiliki kedai distro di tengah bandaraya JB ini. Kalian kenal dengan beliau? Tapi aku salut dengan sahabat aku satu ini,beliau suka travel ke luar negara. Beliau pernah sampai ke Eropa dengan berbekalkan uang sebesar RM 1500 selama satu bulan setengah di eropa. Beliau cerita selama sebulan setengah di eropa beliau masih bawa balik sisa dari duit yang beliau bawa sebesar 200 euro. Jadi beliau telah habiskan RM 1000 dan masih ada sisa duit. Cuba kalikan berapa yang Aji keluarkan perbelanjaan beliau selam sebulan setengah. Nasib baik toilet di eropa tak perlu bayar. Kira Aji telah jimat sedikit duit untuk masuk ke toilet. Di Malaysia bagaimana? Nak buang tahi pun kena bayar 30 sen!porah! Cuma penyakit Aji ini satu,kalau jumpa aku selalu nak bergurau dan bergadoh. Fahmi selalu cakap "korang ni macam anjing dan kucing lah". Aku pilih kucing!Aji?pilih yang satunya lah!ahaha..Mana Aji hilang beberapa hari ini?tanpa kabar berita?rupanya dia ke Jakarta nak lihat konsert. Tapi tak jadi..uh kasihan deh lo...heheheh

* Ini gaya saya.Bukan korek bontot ha!*

Sebenarnya masih ramai lagi kawan-kawan yang selalu ada dan memeriahkan embrace hall ini. Tapi aku rasa letih nak taip satu persatu tentang kawan-kawan. bagaimanapun embrace hall ini adalah tempat dimana orang-orang berfikiran revolusi jitu berkumpul dan saling bersahabat. Itulah pentingnya medium kreativiti yang bebas dengan apa sahaja pemikiran dan perbuatan selagi itu tidak menindas hak serta kepentingan individu serta alam raya ini. InsyaAllah suatu hari nanti Negara Malaysia ini akan membentangkan demokrasi seutuhnya dan setiap makhluk yang bernama manusia bebas berkreativiti dan berkreasi tanpa ada sekatan serta ancaman sistem. Aku menulis di blog adalah atas keinginan dan rasa bebas berkarya. Kenapa kita masih belum bebas ketika negara sudah mencapai kemerdekaan? jawapannya adalah dimana kita mampu melakukan dan membebaskan diri kita dengan jiwa yang merdeka. Medium kebebasan mutlak ada didiri kita. Kalau salah menggunakan medium kita akan terperangkap oleh kebebasan itu sendiri. Bangun cita-cita dan impian kita bermula dari sekarang,dan wujudkan setelah kita lelah bermimpi!!

Punk itu ternyata indah.Punk punya segalanya tentang kehidupan yang tidak perlu sandar menyandar. Punk adalah kebebasan dari sudut pola fikir dan gerakkan. Punk adalah ilmu yang tidak pernah dapat dari sekolah yang bertuhankan duit dan kepentingan. Punk adalah institusi mimpi yang tidak pernah dimiliki oleh para penguasa dan para koporat. Punk adalah musuh yang di heret,ditindas dan di benci masyarakat yang cetek pemikiran. Tapi bagi aku dan mereka yang ada dalam Embrace Hall ini,Punk adalah perlawanan dan kehidupan yang tidak pernah orang yang tidak tahu miliki!

* ada berani dengan punk?duri dimana-mana!cocok kang*

*dey tambi hari-hari mabok ka?afgan punk sudah marah*

* dey gua tanik lu ada kisah ka?kasi hantam kepala mau ka?*

teng yu pang nat det!!

5 komentar:

  1. bile mau sambung...xde pung!!

    BalasHapus
  2. Nice ONE!! Embrace hall'a always been THE place!!

    BalasHapus
  3. yeah iluv embrace dan seisinya!hahah

    BalasHapus
  4. AGENS128 Adalah Situs Judi Online Taruhan Sepak Bola, Casino, Sabung Ayam, Tangkas, Togel & Poker Terpopuler di Indonesia
    Pasang Taruhan Online Melalui Agen Judi Terpercaya Indonesia Agens128, Proses Cepat, Banyak Bonus, Online 24 Jam dan Pasti Bayar!
    Sabung ayam
    sbobet online
    casino online
    tembak ikan
    daftar bisa langsung ke:
    LINE : agens1288
    WhatsApp : 085222555128

    BalasHapus