Kamis, 18 Maret 2010

cerita nak kayuh

"walau kawat berduri jarum dalam jerami,ku takkan berhenti kan ku ikuti kata hati..." marjinal

* berbasikal adalah cara hidup yang sihat *

Sedar tidak sedar umur aku dah pun mencecah pada angka 26 tahun. Wau! Satu yang membanggakan. Lihatlah aku sekarang sudah besar,sudah memliki akal dan fikiran yang sempurna. Dan aku memiliki seekor cicak peliaraan di bahu kanan tangan aku. Di umur 26 ini aku masih lagi belum mengerti tentang diri aku yang masih aku lihat baru berumur 17 tahun ini. Kalau kita masih memikirkan yang umur kita muda,sampai bila-bila pun kita akan duduk bawah ketiak ibu kita. Maksud aku bukan bawah ketiak mak kita. Tapi tidak boleh berdikari sendiri. Jadi setelah aku fikir aku tidak mahu balik ke umur 17 tahun lagi. Biarlah umur 26 ini berlalu bagai air di muara!ewahhh..

uh...Petang ini aku dan sahabat-sahabat aku akan berkayuh dari Embrace Hall,Tampoi ke Minyak Beku,Batu Pahat. Perjalanan ini mengambil jarak 132 kilomiter lintang dan bujur dia aku tak tau. Berjalan jauh ini bukan satu hal yang mudah dan boleh kita ambil remeh temeh. perjalanan yang seperti ini harus kita pelajari jalannya,jarak,kemampuan stamina kita dan banyak lagi. Memang kalau kita lihat dari peta johor bahru- Batu Pahat dekat saja. Boleh dilangkah pakai jari. hehe..Itu peta memanglah dekat dol!porah!! Kalau berani tengok kenyataanlah! Emosi aku pagi ini!

Rizman balik kerja pagi tadi. Basikal dari kargo (psb) aku dah ambil malam tadi dengan fahmi. Basikal bawa masuk dalam bonet kereta. buka tayar depan belakang dan terus meluncur ke rumah aku dekat Taman Universiti ambil barang-barang persiapan. Kalau tidak dari malam tadi di persiapkan,nanti hari ni jadi terkejar-kejar. lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Betul tak wakkang?Pagi tadi aku bangun tidur,aku tolong man pasang tayar basikal Kargo. Bukan senang nak pasang tayar basikal gear. Aku dengan Rizaman sampai mandi peluh nak pasang tayar basikal depan belakang. Akhirnya siap juga,berkat kerja keras kami berdua. Kami berdua gagah,dan pemberani! Macam rokok Suria Gudang Garam! Man,rokok sebatang!

Ubat-ubatan( first Aid) semua telah dipersiapkan. Sparepart basikal semua telah kami pesan ke Wakkang. Jadi petang ini semua dah siap-siap kami akan bertolak pada pukul 5.30 p.m. Belum tau pasti berapa orang yang bergabung dalam kayuhan ini. Tapi walaupun hanya dua orang yang pergi. Aku tetap pergi!!yeah!!

oklah,apapun nanti aku akan updatekan cerita perjalanan kami berbasikal dari Johor Bahru-Batu Pahat. Cerita yang penuh dengan dugaan dan rintangan!yehaa!!!
ada berani minum kopi 4 gelas satu shoot!!

1 komentar:

  1. hati-hati pemberani...seperti rokok gudang garam...mintak rokok sebatang

    sampai jumpa di sana!

    BalasHapus