Senin, 10 Mei 2010

Belacan Veggie

"Tayar kau"

"Gilas bumi dengan getah rodamu,agar alam merasakan kau adalah sahabat yang baik buat dia"


Hampir 6 bulan kau menjadi sahabat paling dekat dengan aku. Membawa aku ke satu perjalanan yang indah,bersahabat,dan menarik. Hari ini,aku terpaksa melepaskan mu dari sisi. Melepaskan keindahan sewaktu kita bersama. Kalau suatu hari nanti kita di takdirkan kembali,aku tak mahu lagi melepaskan mu. janji!

Sahabat...

Aku tak bermaksud untuk melepaskan mu dari ikatan yang kita telah ikat selama 6 bulan ini. Tetapi kau harus faham bahwa di dalam keadaan yang tersepit ini aku harus meninggalkanmu. Tapi kau jangan risau,aku akan secepat mungkin mencari pengganti baru dirimu. Nama ia akan sama dengan nama mu. hanya akan ku tambah di belakang nama itu 'J.R' ( junior ). Nanti dia yang akan membantu aku. Kau sedih? Kau jangan sedih,sahabat baru kau juga baik. Cuma dia agak sedikit berat dari aku. Nanti kau jangan buat dia kesal ok. Berkawanlah baik-baik. Nanti kalau ada kesempatan,aku minta izin ke dia kita keluar berdua. Hanya kita berdua!..

Kau sayang aku?Aku juga sangat sayang ke kau!!!miss u BELACAN VEGGIE basikal ku tersayang!

Sabtu, 08 Mei 2010

Antara Anyer dan Jakarta

- Mimpiku yang paling manis terwujudkan-

"Tak semestinya yang gagal selalu gagal. Gagal adalah awal dari bangkit menuju kejayaan"

Pejam celik pejam celik tak terasa hampir 7 bulan aku menetap di Malaysia ini. Dulu pernah hampir 8 tahun tidak pernah menjejakkan kaki di tanah Malaya tercinta ini. Berkobar hati rasanya ingin pulang ke Malaysia. Rasa rindu pada keluarga,sahabat,guru,dan sekolah. Bagaimana hidup di rantauan menjadi pelajaran dan pengalaman yang tidak dapat di bandingkan dengan letusan Merapi yang maha dasyat.

.....Kini aku berada di kerinduan yang ku simpan 8 tahun lamanya...

Sepanjang sejarah hidup aku,aku belum pernah mengalah dalam apa pun yang aku rasa itu susah untuk aku capai dan buktikan. Selama masih bernafas,bergerak,dan berfikir aku akan lakukan semampuku. Kerana aku captain dalam kemudi diri ku sendiri. Setebal apa debu,sekeras apa tembok menghalang,bagi aku itu hanya permainan biasa dalam menempuh realita. Kerana aku tahu bahwa kalkulasi hukum matematik Tuhan adalah Ghaib dan sangat teratur.

Kini setelah ku benamkan kerinduan 8 Tahun...

Aku goyah menetapkan bahagian mana tanah tumpah darahku. Bahagian mana awal kaki ini mulai menyentuh bumi. Aku teraba dalam lintang yang samar. Kini sudah waktunya,aku kembali pada 8 tahun yang ingin merindui. Cuma sekali ini siapakah aku 8 tahun nantinya?erm....membosankan...

Untuk sahabat-sahabat yang selalu membimbing,mengajar,menegur dan segalanya aku ucapkan jutaan terima kasih dengan budi baik kalian yang tersangat baik. Tanpa kalian aku belum tentu dapat memahami sejauh mana ilmu dapat dicuri. Aku ingin habiskan waktu yang tersisa dengan kalian. Rindu kalian sangat-sangat nantinya...Tapi bagaimanakan,setiap kita manusia ada memiliki cita-cita tersendiri. Kita capai segala apa yang termampu...

Ini aku untuk hari ini,esok,lusa dan sampai kapan pun....

Selasa, 04 Mei 2010

Batu Pahat dan Pallas Jazz Hijau

Sudah hampir 2 minggu lebih aku tak menulis di blog ini. Erm..Perasaan yang mula tidak bertempat dan fikiran yang mula bercelaru. Menulis bagi adalah satu terapi yang sedikit boleh melonggarkan urat saraf yang menegang. Tidak kiralah apapun penulisan yang ingin dilakarkan,asalkan penulisan itu datangnya dari kemahuan kita sendiri. Tahukah bahawa menulis adalah keakraban terhadap ilmu dan pengalaman.

Hari Jumaat yang lalu,aku merentasi ekspedisi percutian menarik bersama kawan-kawan. Percutian ini bukanlah percutian ke Pulau,luar negara atau di dalam hutan. Tapi yang paling tepatnya adalah percutian di Bandar Batu Pahat. Bandar yang bersahabat dengan alam dan bandar yang punya keistimewaan menu makanan yang berbagai. Sisi yang menarik dari Batu Pahat adalah bangunan lama yang masih berdiri megah dan terjaga..

Di Batu Pahat ada Kasut Pallas Jazz Hijau, dan ada bunga yang membuat aku terbau akan harumnya. Bunga yang aku selitkan dengan Cincin Sayangku Dari Tissue Kertas.....Aku sangat merindui Batu Pahat dan Bunga Indahnya..uhuiiiiiiiiii!!