Selasa, 30 Maret 2010

Satu Das Impian

" ku ingin lakari dunia dengan tinta hijau yang menyifatkan kedamaian"

Jam telah pun menunjukkan pukul 03.23 a.m. Keadaan diluar terlihat sepi dari bunyi kenderaan bermesin. Aku kurang pasti apakah cuaca diluar bersahabat pada malam ini. AKu tidak merasai cuaca diluar kerana aku di dalam ruangan studio. Ruangan yang selalu bising pada hari-hari tertentu. Bising dengan musik kedamaian.

Kawan-kawan semua sudah pun belayar ke destinasi mereka dalam mimpi. Entah apa yang mereka temukan dalam mimpi mereka ya? Mungkin sesuatu yang indah. Kelihatan raut wajah keletihan mereka. Bekerja dari pagi membawa ke malam hari. Mungkin ini satu yang dinamakan tuntutan. Tuntutan dalam melangsungkan kehidupan. Ruang batas setiap insani yang hidup dan berpijak di muka bumi perlu mempunyai satu komitmen kelangsungan. Komitmen itu adalah pekerjaan. Sudah hampir 1.5 bulan aku menganggur. Hilang mata pencaharian. Hilang erofia memiliki. Hal ini bukan kesengajaan yang sengaja aku pilih. Ini adalah hal dimana aku mengelak diri menjadi seorang yang tidak berlaku jujur terhadap insani yang lain. Hidup punya sejarah yang telah dilakari sejak azali dibuku nota Tuhan Yang Maha Kuasa. Kenapa kita tidak mempunyai kereteria yang sama? Kenapa kita punya perbezaan dalam status kehidupan? Itulah kehidupan. Punya proses yang sedikit menghairankan. Tidak mungkin selalu di atas. Status boleh berubah-ubah bila-bila masa sahaja.

Perubahan bukan datang dalam sekelip mata. Perubahan perlu proses. Kalaulah aku di beri kesempatan untuk menjalankan kembali kehidupanku yang lalu,aku akan menjalankannya sebaik mungkin. Pertama sekali dalam hidup ini yang aku pilih adalah kebebasan,dan yang kedua adalah kemenangan. Dua hal yang mungkin terlihat samar dan tidak mempunyai apa-apa makna dalam realiti ini. Tapi bagi aku,ini sangat mungkin dan logika. Aku inginkan kebebasan bukan berarti kebebasan mutlak sampai merugikan orang lain. Tetapi kebebasan dalam melangkah dan melakukan apa sahaja untuk satu yang dinamakan kemerdekaan individu. Kedua adalah kemenangan. Kemenangan yang aku maksud adalah perubahan dalam hidup yang merangkumi material,sosial,dan segalanya. Tapi tidak berarti tamak. Ingin memiliki sesuatu dari kerja keras itu satu hal yang wajar. Tetapi jangan sampai mengahncurkan kemerdekaan orang lain. Ah...aku tersesat dalam hidupku sekarang ini.

Besok adalah hari yang baru. Hari yang memberi aku seribu satu pertanyaan lagi tentang hari. Mungkin aku akan berubah menjadi, jahat,baik,atau menjadi seorang yang paling sombong diantara mereka-mereka yang miskin. Aku masih bermimpi..ah..

Satu hari nanti aku akan membangunkan semua sahabat-sahabatku yang tidur lena ini,dengan kata-kata seperti ini " Wei, Aku dah siapkan segala persiapan kita untuk berjuang hari ini. Molotov dan segala isi perubahan telah aku siapkan di dalam lori muatan. Kita tak perlu lagi menjadi hamba kepada lintah-lintah darat itu"



Sesuatu yang ingin aku lakari di akhir cerita hidup adalah.....Mati dalam suasana berselerakan das-das tembakan senapang di seluruh tubuh ini...

Senin, 29 Maret 2010

Puisi buat aku malam ini..


SENJA DI PELABUHAN KECIL

( By : Khairil Anwar )

Ini kali tidak ada yang mencari cinta

di antara gudang, rumah tua, pada cerita

tiang serta temali. Kapal, perahu tiada berlaut

menghembus diri dalam mempercaya mau berpaut

Gerimis memepercepat kelam. Ada juga kelepak elang

menyinggung muram, desir hari lari berenang

menemu bujuk pangkal akanan. Tidak bergerak

dan kini tanah dan air hilang ombak

Tiada lagi. Aku sendiri. Berjalan

menyisir semenanjung, masih pengap harap

sekali tiba di ujung dan sekalian selamat jalan

dari pantai keempat, sedu penghabisan bisa terdekap

Selasa, 23 Maret 2010

kayuhan Johor Bahru ke Minyak Beku Batu Pahat

"tiada siapa yang dapat menghalang kemahuan hati kita untuk merdeka"


Perjalanan 148 Kilomiter dari Johor Bahru ke Batu Pahat sangat melelahkan. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan selama kami bersatu dengan basikal dan menjadi seorang pengayuh. Perjalanan yang dihimpit rasa gembira,kesal,marah,lelah dll. 148 kilomiter yang kami tempuh adalah pada malam hari. Ini sangat membuat mental serta fizik kita tercabar. Disini aku akan kongsikan cerita kepada kalian semua yang mana tahu nantinya akan mengayuh ke kawasan ini. Disini aku akan ceritakan di mana kawasan rehat,makan,bahaya,dan check point. Ok mari.....



Perencanaan awal kayuhan ke Batu Pahat sebenarnya empat orang. Tetapi yang jadi mengayuh hari itu cuma tiga orang sahaja. Aku,Rizman dan Wakkang. Jezz terpaksa membatalkan agenda beliau bersama kami atas sebab kerja yang terlampau banyak,dan dia tepaksa harus akur dengan sistem. Kesian Jezz.:( Kayuhan bermula pada pukul 5.20 pm. Aku hanya berdua dengan Rizman. Wakkang menunggu di Hutan bandar MBJB di Mutiara Rini. Kami mengambil jalan pintas dari Embrace hall Tampoi- Jalan Camar-Bestmart-Tan Sri Yakkub- Mutiara Rini. Persiapan akhir di Hutan Bandar pasang segala kelengkapan seperti botol air,cek tiub dan ambil segala alat-alat ganti yang kami pesan ke Wakkang. Segalanya berjalan dengan baik.

Perjalanan kami lanjutkan melalui Lima Kedai dan menuju ke Gelang Patah. Berjalan jauh mesti ada risiko yang terpaksa kita hadapi. Gear basikal Rizman tercabut di jalan sempit Lima Kedai- Gelang Patah sebelum exit terakhir. Jalan yang sunyi dan di kelilingi oleh kebun kepala sawit membuat keadaan sedikit menyeramkan. Tambahan lagi cuaca ketika itu mendung dan hujan renyai. Jam menunjukkan pukul 6.48 pm. Hampir 20 minit kami berasak untuk memperbaiki basikal,akhirnya siap dan kami lanjutkan lagi perjalanan. Kami harus bekejar dengan waktu siang,untuk melewati jalan di Kampung Alur Jeram,Pontian. Jalan Alur Jeram sedikit merbahaya kerana jalan yang gelap,dan proses perbaikan jalan yang mana menyulitkan bagi pengguna jalan. Hari sudahpun mulai gelap perjalanan keluar dari kawasan Alur Jeram masih tinggal 3 km lagi. akhirnya kami terpaksa akur dengan waktu. Kami basah kuyup. pukul 7.20 pm. Kami akhirnya kami keluar dari kawasan Alur Jeram dan keluar di kawasan Pekan Nenas tepatnya di depan depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas,Pontian.



Perut lapar,dan ambil keputusan untuk berehat makan di foodcourt depan petronas Pekan Nenas. Roti canai seorang 2 keping,Air Suam,Nes o,Teh o Ais jadi santapan di warung 'www.dzol.com'. Nama warung pun dah di update di website.hehehe.Kami berehat selama 20 minit dan memulakan perjalanan kami untuk sampai ke check point pertama yaitu di Bandar Pontian. Jarak tempuh ke Bandar Pontian masih ada 27km. Jalan yang gelap dan dimana hanya basikal Rizman saja yang mempunyai lampu penerangan di depan. Rizman mengayuh di depan dan kami berdua dibelakang,menumapang cahaya lampu beliau. Jadi disini kami ingatkan jangan lupa mempersiapkan lampu depan belakang ketika mengayuh di waktu malam. Kaki Rizman 'Cram' dan kaki aku pula lenguh. Kami berhenti di perhentian bas Parit Selangor. Nasib baik segala ubat telah dipersiapkan awal oleh Rizman. Semua ubat Rizman bawa dari Hospital. Free of cash!ahaa. Kami ambil waktu lebih kurang 10 minit untuk mengubati kaki kami. Perjalanan kami lanjutkan lagi. Pukul 10.27pm akhirnya kami sampai di Bandar Pontian. Check Point kami yang pertama. Uh...Lega..Jarak tempuh ke Batu Pahat masih menyisakan lagi 78 Kilomiter!!WTF!! Aku mengehembus nafas panjang...



Kami hanya berehat 20minit di Pontian. Dalam perencanaan kami berehat di Pontian dalam 1 jam atau mungkin lebih.Tapi atas sebab banyak waktu yang kami buang sebelum sampai ke Pontian akhirnya kami singkatkan waktu dan meneruskan kayuhan kami. Kami melalui Kampung Api-Api,Sri Bunian dan Tampok.Aku kagum dengan rumah-rumah di kampung ini. Kalau anda melewati jalan pontian ini, anda akan melihat bertapa cantik dan luasnya kawasan rumah penduduk disini. Sangat luas! Adakah ia akan bertahan 50tahun lagi? Mungkin kerajaan akan ambil alih dan membangun lebuhraya ke Wilayah Iskandar!fuck!. Kami sampai ke Air Baloi. Perut terasa lapar. Dari Tampok,perut sudah mula terasa lapar. Tapi tiada satu kedai pun yang kami jumpa buka pada pukul 12 malam. Jadi kami terpaksa mengayuh dalam 10 kilo untuk sampai ke Air Baloi. Akhirnya!!Kami jumpa juga kedai makan. Kedai makan didalam kampung nelayan. Mereka aneh melihat kami dengan basikal yang penuh muatan. Kami tebarkan senyuman dan mereka balas dengan nyanyian karaoke!haha!!terbaik beb!





Nasi putih,sup,telur dadar,air suam,nes o, teh o ais, hanya rm 4.90!murah! Nasi putih,sup,dan telur dadar hanya RM 2! pergh!!tersangat murah. Kalau kawan-kawan mengayuh di kawasan Air Baloi, jangan lupa singgah di warung ini. kalau dari arah batu pahat anda akan melihat kesebelah kanan anda sebelum jambatan Air Baloi. Kalau arah dari Pontian malah sebaliknya. Kami berehat setengah jam. Kami sambung kayuhan kami pada pukul 12.15 a.m. Setelah mengayuh lebih kurang 10km tayar basikal Wakkang bocor. Satu lagi ujian di tengah kampung tiada berlampu. Nasib baik ketika itu ada satu rumah kampung yang masih ada orang duduk bersembang di luar. Kampung Parit Haji Ahmad.Aku beranikan diri,untuk meminta izin dengan makcik tuan punya rumah untuk menumpang baikkan basikal. Mereka terima kami dengan tangan terbuka. Tapi aku masih bertanya. Kenapa keluarga ini belum tidur jam sebegini? Padahal jam telah menunjukkan pukul 1.33 a.m. Keluarga beliau cukup baik dan peramah. Beliau hidangkan kami dengan teh o panas. Rumah beliau banyak kucing. Suami beliau berumur dalam lingkungan 70tahun. Cucu-cucu beliau semua tinggal di rumah beliau. Keluarga beliau yang duduk bersama kami dilar malam itu ada dalam 12 orang. Banyak juga perkara yang kami cerita malam itu. Wakkang tak banyak cakap. Sibuk dengan betulkan tayar basikal dia. Cuma yang anehnya, Wakkang kelihatan pucat pasi. Basikal wakkang siap di betulkan. Kami minta izin dengan keluarga yang aku terlupa nak tanya nama makcik itu dan suaminya. kami lanjutkan kayuhan kami pada pukul 2 a.m. Lama juga waktu yang kami ambil untuk membetulkan basikal.



Badan mula terasa letih. Jarak tempuh ke Batu Pahat masih menyisakan 48km lagi. Kayuhan mula terlihat lambat. Kami cuba bertahan dan mengayuh untuk sampai ke Batu Pahat pada subuh hari. akhirnya kami sampai di Pekan Rengit pada pukul 3.40 pagi. Kami berehat di salah sebuah warung sebab wakkang dan Rizman kelaparan. 30 minit kami berehat,dan kami mula kan lagi perjalanan kami yang menyisakan jarak tempuh 27km lagi. Waktu itu kondisi aku sudah mula lemah. Mata ngantuk dan kaki terasa berat. Perjalanan dari Rengit ke Batu Pahat sangat memberi cabaran yang sangat luar biasa! Tiada kemudahan lampu jalan,jalan yang dikelilingi oleh hutan,anjing liar dan macam-macam lagi! Kami dikejar anjing di sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Melewati kawasan perkuburan budha, Islam,dan mendengar suara aneh. Kami sampai ke daerah Senggarang. Daerah yang tidak bersahabat di waktu malam. Aku ingatkan kalian yang ingin berkayuh di daerah ini pada malam hari,siapkan lampu suluh,pisau atau benda yang tajam, dan air secukupnya. Di kawasan ini juga koneksi jaringan seluluar ( Handphone ) hilang. Dinasihatkan supaya tidak mengayuh di kawasan ini pada malam hari. Kami mengayuh di daerah ini pada pukul 4.20a.m. Yang anehnya Wakkang bercerita yang dia ternampak sosok 'Pocong' di rumah makcik yang kami singgah di Parit Haji Ahmad. Mendengar suara lembaga yang menjerit di kawasan perbatasan Benut-Batu Pahat, Rizman mendengar gear basikal Wakkang bertukar dengan cepat berulang-ulang kali,sedangkan wakkang tidak menggantikan gear dia sama sekali. Aku terlihat sesuatu yang aneh di atas bukit perkuburan Budha Senggarang. Satu lembaga Putih yang melambai. Tapi aku diam dan tidak bercerita dengan kawan-kawan atas sebab nanti takut jadi panjang cerita. Ini semua yang kami rasakan,dan ini bukan cerita yang di ada-adakan. Tapi ini adalah NYATA kami temukan!!

* caltex Batu Pahat pukul 6.00 a.m .Kelelahan luar biasa*

Kami sampai di Tanjung Laboh pada Pukul 5.30 pagi. Jarak tempuh untuk sampai ke Bandar Batu Pahat masih menyisakan 5km lagi. Kondisi aku sudah mulai lemah dan mata aku sangat ngantuk. Mau tidak mau kami harus sampai ke Batu pahat sebelum matahari terbit. setengah jam kayuan kami sampai juga di Batu Pahat. Kami mengambil kata sepakat untuk rehat dan tidur di Pam Minyak Caltex dan tidak datang ke rumah Along di Bukit Indah Perdana pada jam itu juga. Disebelah samping Caltex ada car wash lengkap dengan sofa! Tak cerita panjang,aku terus berlabuh indah dan tidur...

* Samping Caltex. Cuaca hujan pagi itu*

Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi. Kami bersiap untuk ke rumah Along. Sampai rumah Along,sarapan,berbual,dan tidur dari pukul 11a.m sampai ke pukul 4p.m. bangun tidur,mandi,makan dan teruskan perjalanan ke Minyak Beku pada pukul 5p.m. Jarak yang kami tempuh ke Minyak Beku adalah 8.1 km dari Rumah Along di Bukit Indah Perdana. Jalan ke Minyak Beku beralur. Jalan yang berbukit dan anjing yang sangat banyak!damn!40minit perjalanan akhirnya kami sampai ke Minyak Beku. Sungguh memenatkan!


Malam hari kami berpesta ria dengan pesta pantai sambil barbeque dan mabuk!!hahah.....saya sangat mencintai pengalaman indah ini!next trip Johor Bahru -Mersing 180 km!!ahak!!


Kamis, 18 Maret 2010

cerita nak kayuh

"walau kawat berduri jarum dalam jerami,ku takkan berhenti kan ku ikuti kata hati..." marjinal

* berbasikal adalah cara hidup yang sihat *

Sedar tidak sedar umur aku dah pun mencecah pada angka 26 tahun. Wau! Satu yang membanggakan. Lihatlah aku sekarang sudah besar,sudah memliki akal dan fikiran yang sempurna. Dan aku memiliki seekor cicak peliaraan di bahu kanan tangan aku. Di umur 26 ini aku masih lagi belum mengerti tentang diri aku yang masih aku lihat baru berumur 17 tahun ini. Kalau kita masih memikirkan yang umur kita muda,sampai bila-bila pun kita akan duduk bawah ketiak ibu kita. Maksud aku bukan bawah ketiak mak kita. Tapi tidak boleh berdikari sendiri. Jadi setelah aku fikir aku tidak mahu balik ke umur 17 tahun lagi. Biarlah umur 26 ini berlalu bagai air di muara!ewahhh..

uh...Petang ini aku dan sahabat-sahabat aku akan berkayuh dari Embrace Hall,Tampoi ke Minyak Beku,Batu Pahat. Perjalanan ini mengambil jarak 132 kilomiter lintang dan bujur dia aku tak tau. Berjalan jauh ini bukan satu hal yang mudah dan boleh kita ambil remeh temeh. perjalanan yang seperti ini harus kita pelajari jalannya,jarak,kemampuan stamina kita dan banyak lagi. Memang kalau kita lihat dari peta johor bahru- Batu Pahat dekat saja. Boleh dilangkah pakai jari. hehe..Itu peta memanglah dekat dol!porah!! Kalau berani tengok kenyataanlah! Emosi aku pagi ini!

Rizman balik kerja pagi tadi. Basikal dari kargo (psb) aku dah ambil malam tadi dengan fahmi. Basikal bawa masuk dalam bonet kereta. buka tayar depan belakang dan terus meluncur ke rumah aku dekat Taman Universiti ambil barang-barang persiapan. Kalau tidak dari malam tadi di persiapkan,nanti hari ni jadi terkejar-kejar. lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Betul tak wakkang?Pagi tadi aku bangun tidur,aku tolong man pasang tayar basikal Kargo. Bukan senang nak pasang tayar basikal gear. Aku dengan Rizaman sampai mandi peluh nak pasang tayar basikal depan belakang. Akhirnya siap juga,berkat kerja keras kami berdua. Kami berdua gagah,dan pemberani! Macam rokok Suria Gudang Garam! Man,rokok sebatang!

Ubat-ubatan( first Aid) semua telah dipersiapkan. Sparepart basikal semua telah kami pesan ke Wakkang. Jadi petang ini semua dah siap-siap kami akan bertolak pada pukul 5.30 p.m. Belum tau pasti berapa orang yang bergabung dalam kayuhan ini. Tapi walaupun hanya dua orang yang pergi. Aku tetap pergi!!yeah!!

oklah,apapun nanti aku akan updatekan cerita perjalanan kami berbasikal dari Johor Bahru-Batu Pahat. Cerita yang penuh dengan dugaan dan rintangan!yehaa!!!
ada berani minum kopi 4 gelas satu shoot!!

Selasa, 16 Maret 2010

sahabat yang riuh bersahabat


"Sahabat adalah pena yang melakarkan kelengkapan"

Embrace Hall pada 14 march 2010 sangat riuh dan sangat bersahabat. Teman-teman baru yang sangat bersahabat. Rindu kalian...Jangan lupa dengan kami di Johor Bahru ya....

Jumat, 12 Maret 2010

Angkasa Merah Marikhku....

-Untuk semua Ibu Sedunia-



"Aku pegang dan kau jabat erat sehingga kita takkan terlepas hanyut ke aliran sungai yang deras"

Hari ini aku demam. Demam yang tiba-tiba menyerang. Kepala sakit dan selera makan hilang. Kenapa kita demam? Kenapa manusia hidup perlu sakit? Apakah itu juga satu kepentingan keuntungan dari Sang Pencipta? Seperti perangkat komputer windows yang diserang virus. Mereka teknologi dan mereka penghancuran teknologi itu sendiri. Tuhan punya satu juta satu akal untuk menghidupkan dan mematikan. Bagi sahabat-sahabat yang athies maaf kalau aku menulis tentang kepercayaan saya terhadap Tuhan. itu Komitmen! Dan itulah resiko berkomitmen bukan? tang dung dung dang dung des des!!

Boleh aku bercerita tentangf cinta? Tidak banyak hanya sedikit. aku menemukan cinta dan aku menemukan kegilaan aku pada kecintaan terhadap seseorang. Ini baru aku alami dan aku tidak pernah mencintai seorang perempuan lebih dari perhitungan 20%! Dan yang ini aku terbawa kepada angka 100%. Dia berbeza dan dia punya satu lagi 'dia' yang sangat ingin saya ingin miliki hingga ke akhir waktu. Saya seorang punk, dan saya juga berhak menyatakan bahwa saya punya rasa cinta terhadap seorang wanita dan kehidupan yang lainnya. Itulah hak yang dimiliki oleh setiap makhluk hidup. Tidak ada seorang pun yang mampu menjauhkan rasa ini dari diri aku. Dia akan hilang jika aku mengatakan ' Ia'!

Aku memiliki penyakit yang kekadang selalu 'kambuh' ( muncul:penyakit) secara tiba-tiba tanpa bersahabat dengan waktu dan posisi. Penyakit aku adalah penyakit di bahagian kepala. Setiap penyakit adalah 'duit'. Penyakit adalah tetap penyakit. Hanya sampai mana kita mampu bertahan. Mungkin kalian juga ada penyakit dan mungkin pernah sakit. Sakit adalah pelengkap. fullstop!

Aku sangat takut dan takut untuk menulis siapa beliau berdua ini di dalam blog. Urghh!! Baiklah. aku akan memberitahukan siapa beliau berdua dengan cara seperti di bawah ini -

"Aku mengenal dikau tak cukup lama separuh usiaku
namun begitu banyak pelajaran yang aku terima

kau membuatku mengerti hidup ini
kita terlahir bagai selembar kertas putih
tinggal ku ukir dengan tinta pesan damai
dan terwujud harmoni...

segala kebaikkan takkan terhapus oleh kenyataan
kulapangkan resah jiwa karna ku percaya kan berujung indah

kau membuat ku mengerti hidup ini
kita terlahir bagai selembar kertas putih
tinggal ku ukir dengan tinta pesan damai
dan terwujud harmoni.."

Akan ada satu perasaan yang lain ketika menghayati. Aku faham dan aku mengerti sejauh mana ini akan membuat aku selalu berkhayal dan membuat ruang kepala jadi sesak. Tetapi ini lah hidup. Aku tidak mengharap sebesar gunung segala impian itu wujud dan hadir. Aku akan tetap aku dengan memikirkan beliau berdua hingga akhir waktu. Itu janji aku dengan semesta alam untuk tetap ada rasa ini...

"Hidup tak seindah seperti apa yang kita impikan sayang.
Nasib dapat diubah kalau kita yakin dan berani.

Bangun mimpi indah kita jadi kenyataan!
Kita tak kan dapat perubahan kalau kita tak berani..
peluk ibu dan kita jalani bersama!"

Aku masih ingat dengan ayat yang tertulis diatas. Aku masih simpan dengan baik dalam dairy aku. Aku terjumpa di blog beliau yang akhirnya aku temukan dengan tidak sengaja. Setelah hampir aku lupakan buku dairy, aku mula membukanya mana tau betul atau tidak. ternyata aku pernah menulis ini bertepatan pada bulan September. Tapi siapapun dan apapun, ia adalah selakar kata untuk wujudkan atmosfera baru kehidupan. Aku mula sadar dan mula membaca berulang-ulang kali ayat diatas. kalau benar hidup adalah pertaruhan untuk menjadi lebih baik. Aku bertaruh untuk tidak terlihat baik oleh siapapun yang mempertanyakan " kau tidak ingin senang lenang seperti mereka?" Aku? Ingin! Tersangat ingin. Terlalu ingin dan ingin mengatakan " ya,saya ingin menjadi senang lenang dalam hidup saya tanpa memerlukan kesenangan sementara.Dan kesenangan material yang saya juga boleh miliki melalui mimpi saya". Bukan aku ego dengan kehidupan dan pilihan aku ini. Aku hanya ingin terus berpaksi pada diri aku sendiri. Kamu telah buat aku tergoyang dari paksi ini, dan aku ingin berada kembali diatas paksi aku. Saat ini aku mula series.......

Alangkah indah kalau aku punya seorang Ibu yang mengatakan itu kepada aku saat ini. Saat ini aku ingin menjadi kecil kembali dan bertanya ke Mak " Mak, kalau saya dah besar,saya akan bahagiakan emak dan keluarga". Ingin kembali tidak ingin mengenali masa sekarang. Aku ingin menjadi anak yang tidak pernah bercita-cita seperti ini. Menjadi seorang yang ego dengan kenyataan! Aku ingin rebahkan kepala di peha mak. Ingin selalu mak belai rambut aku seperti kecil-kecil dulu. Mak saya ingin mak terus sihat dan terus sihat. Mak, marah lagi ke?Woi!!! Sadar kau dah besar! Fuh...Aku dah besar,dan aku tidak layak untuk baring,dibelai dan dimanjakan oleh mak. Aku mula jauh dari keharmonisan keluarga. Maaf mak saya tidak ingin mak selalu sedih,marah dan sakit hati melihat keadaan saya yang dulunya mak lahirkan dengan sesuci makhluk, tetapi sekarang..... Maafkan saya mak. Saya hanya ingin mak terus sihat..

Mak jika saya selama ini tidak pernah membahagiakan mak dan memberi sesuatu yang berharga buat mak, saya berharap mak masih lagi berdoa untuk saya agar saya dapat kabulkan segala harapan seorang anak untuk kebahagian seorang mak. Mak, jika saya seorang yang tidak menyerupai sifat seorang anak lelaki yang baik, saya minta maaf. Saya tau emak kecewa dan saya tau mak merasa marah dengan saya. Tapi saya harap mak tidak menyesal sebab melahirkan saya seorang yang berkhianat pada impian mak. Mak,saya adalah anak yang tetap ada untuk mak walaupun saya selalu menjauhkan jarak. Mak, saya ingin rentasi dunia dan saya ingin mamah setiap inci pengalaman dalam hidup ini. Mak jika suatu hari nanti kalau saya tidak bernyawa dan mak malu untuk melihat jenazah saya yang dilihat sebagai seorang 'kafir' dan penghianat agama, mak lakukanlah apapun semau mak. Tapi mak jangan risau. Saya akan pastikan kematian saya tidak perlu menyusahkan keluarga dan memalukan manusia-manusia yang muslim dan muslimah. Mak, kalau lukisan di badan saya ini menjadi persoalan kematian saya akan pastikan saya tidak akan mati disisi mak. Apapun saya tetap akan katakan mak adalah manusia yang paling saya sayang dan saya sanjungi. Mak, saya pernah menjadi seorang 'mak dan ayah' untuk anak-anak saya yang bukan anak saya. Saya tau betapa penatnya menjadi seorang ibu untuk anak-anaknya.

* aku rindu kalian!terlalu rindu. Aku akan kembali perjuangkan kalian*

Sembah sujud saya atas kekurangan dan keterlanjuran dalam menempuh hidup. Mak saya ingin selalu mak sayangi,walaupun tidak terucap di mulut mak secara langsung.tetapi saya harap mak mengatakan " mak akan sayang kau selamanya nak " hanya dari hati kecil mak. I hope that mak!! Bagi saya MAK ADALAH JUARA NOMBOR SATU DALAM DUNIA!!!!

********************************
untuk yang bergelar ibu sedunia!

Kamis, 11 Maret 2010

cite tak siap

Penulisan ini aku tujukan khas buat seorang sahabat aku yang sudah bergelar ibu buat anak perempuannya. Ini adalah penulisan yang di pesan oleh beliau. Aku bukan seorang penulis yang baik dan bukan seorang yang menulis dengan tata letak titik,koma,dan noktah yang baik. Tetapi aku cuba terus menerus belajar untuk meletakkan titik,koma dan noktah dengan cara yang lebih baik dan berpendidikan. Aicettt!!


*pinjam foto kaki anak kamu ya abang blog...aku lupa apa nama blog beliau*

********************************
Aku masih menyimpan kenangan manis pada tahun 1990 sewaktu aku masih berumur 6 tahun. Aku bersekolah di Tadika Murni, Taman Sri Pulai Johor Bahru. Sekolah tadika yang terletak di Jalan Batai 1 itu adalah tempat aku mengenal huruf a-z dan hitungan 1-100 dengan cara dan teknik yang baik. Alam sekolah adalah alam perkembangan otak dan pembelajaran pengenalan terhadap lingkungan secara terdidik. Walaupun masih ramai individu yang sudah belajar sampai menjadi seorang sarjana tetapi otak dan pembelajaran masih seperti budak yang belum bersekolah. Tapi tadika ini adalah tadika yang membuat aku mengenal,mengerti dan belajar.

Orang pertama sekali yang aku panggil guru adalah seorang wanita bernama Cikgu Rozita. Beliau berkacamata dan ibu dari beberapa orang anak aku kurang pasti. Yang jelasnya dia guru aku yang pertama sekali di alam persekolahan. Cikgu Rozita cukup baik dan sabar melayan kerenah anak-anak yang bersekolah di Tadika Murni itu. Beliau mengajar membaca,menulis,menghitung,agama,dan beliau jugalag yang cuci berak anak-anak yang bersekolah disitu. Cuma aku tak pasti adakah aku pernah berak dalam seluar dan Cikgu Rozita yang basuhkan. Aku rasa tidak pernah. Tak salah kawan aku ada terberak dalam seluar. Namanya aku rahsiakan. Biarlah aku,dia dan kawan-kawan yang ingat saja mengetahuinya. bagaimanapun,terima kasih untuk Cikgu yang telah ajar kami anak-anak bangsa ini menjadi sebahagian dari kebanggaan masyarakat dan negara. Kalau saya masih lagi dipandang serong oleh masyarakat dan negara atas alasan saya seorang punk,seniman dan masih berbasikal. Apa khabar Cikgu sekarang? Anak dah Kahwin semua ke? Kalau belum rekemen ke saya satulah!hahah..Penyakit merepek dah datang!

Aku memanggil ibuku dengan panggilan 'Mak'. Kalau adik beradikku ada yang memanggil dengan panggilan 'Mak,mummy,mom,mama' sebab kenapa mungkin adik beradik ku terjangkit virus keju yang berlebihan. Mak adalah seorang yang paling aku sayangi sedunia. Mak orangnya boleh dikatakan tipe seorang ibu yang sedikit lagi boleh mendapat award 'Ibu Mithali' oleh Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) atas kasih sayang yang beliau selama ini mendidik dan membesarkan kami adik beradik. Walaupun aku masih belum boleh membahagiakan mak,tetapi aku yakin mak pasti bangga kalau aku mula potong rambut,lukisan badan,dan bekerja tetap layaknya seorang manusia beragama,berbangsa,dan bernegara. Aik??Mak tak tau yang aku ini akan jadi Presiden di Republik Imajinasi ke? Oh,mungkin mak tidak terlalu faham menggunakan internet. Lebih senang dikatakan mak memang buta Internet. Kalau mak pandai internet,mungkin sekarang mak dah memiliki facebook,myspace,friendster,yahoo massenger dan ketagihan farmville.

Pada tahun 1991 aku memasuki alam persekolahan kedua ( sekolah rendah ). Waktu pertama sekali masuk sekolah di Sekolah Kebangsaan Skudai Batu 10 pada tahun 1991, Mak bekalkan aku dengan air susu dan roti sandwich. Aku masih malu-malu dengan kawan-kawan disekeliling. Bag sekolah aku mungkin waktu itu seberat 2 kg. Maklum hari pertama masuk sekolah rendah. ambisi dan semangat masih berapi-api. Oh ya,aku lupa menceritakan siapa guru aku pertama sekali di sekolah rendah. Beliau juga seorang wanita. Wanita yang baik dan aku masih ingat beliau sampai sekarang. Beliau bernama Cikgu Rohana. Cikgu Rohana tinggal satu daerah dengan aku di Taman Sri Pulai ketika itu. Tapi yang buat aku bangga dengan Cikgu Rohana adalah waktu aku mau bertolak ke Indonesia atas sebab hal keluarga mak disana. Cikgu Rohana suruh semua anak-anak dalam kelas berdiri dan sedekahkan doa buat aku selamat di jalan. Cikgu Rohana bagi aku biskut kering satu paket. Cikgu Rohana menjadi cikgu kelas aku sampai darjah 3 di sekolah rendah Bt 10,dan menjadi cikgu kelas waktu di sekolah kebangsaan Taman Sri Pulai. Aku pindah dan Cikgu Rohana pindah. Aku tau Cikgu Rohana sayang dengan aku.hehe.sudahlah!!

Masih segar dalam ingatan aku ketika kem motivasi sekolah pada tahun 1995. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di dalam sekolah itu sendiri. Ketika malam yang ketiga ( malam terakhir ) kami semua dikumpulkan di lapangan badminton di block 2 sekolah. Kami malam itu di evaluasi oleh Cikgu Rohana dan guru-guru yang lain. Kami berkumpul dan membuat bulatan mengelilingi lapangan badminton. Kami semua diminta tutup mata dan menghayati puisi yang di baca oleh CIkgu Rohana. Jelang 2 baris ayat puisi aku dengar suara tangisan anak-anak perempuan di ikuti oleh anak-anak lelaki. Yang tidak nangis disitu hanya aku dan kawan aku bernama Abu Suffian. Aku dan Abu Suffian buat-buat nangis dan menjerit-jerit menandakan kami orang yang paling khusyuk dengan jeritan dan tangisan paling kuat. Padahal kami berdua hanya mengejek kawan-kawan yang lain. Selesai Cikgu Rohana beri puisi beliau terus bertanya kepada semua pelajar " anda semua faham dan mengahayati apa yang saya bacakan?"tanya Cikgu Rohana dengan tegas. " Faham cikgu" jawab pelajar dengan sendu. " Gapur dan Abu apa yang kamu berdua faham?berdiri sekarang dan beritahu apa yang kamu berdua fahami". Tanya Cikgu Rohana ke kami berdua dengan nada santai. " erk,kena belajar baik-baik dan jangan nakal cigku". Kami berdua menjawap dengan pasti. "Baik,kamu berdua bangun dan ketuk ketampi 50 kali". Perintah yang baik dan menyakitkan. Setelah aku fikir dan kaji balik tantang apa yang Cikgu Rohana bacakan tidak ada kena mengena langsung dengan jawapan kami. Kami 2 orang malaon yang malang pada malam itu.haih..nasib nasib..


**********************
Wuit!!!aku terpaksa menyambung cerita pada esok hari. Series aku letih gile beb. ape yang aku tulis kat atas tu ntah apa-apa jadinya...apapun besok aku try betulkan balik.sebenarnya menulis dalam keadaan ngantuk akan menjadikan tulisan kita seperti ...ZzzZZzzz..

Rabu, 10 Maret 2010

sedikit ulasan REPUBLIK IMAJINASI

Cemburu pada samudera yang menampung segala,
Cemburu pada sang ombak yang selalu bergerak...( iwan fals )

Akhir-akhir ini ada suatu benda yang aku fikirkan. Aku tak tau apa yang sedang bercelaru dalam fikiran aku sekarang. Hendak dikatakan memikirkan soal kerja itu memang benar. Tentang cinta juga benar,tentang hidup juga benar, tapi semuanya itu tidaklah sampai terus membuat aku betul-betul memikirkan satu tahap pemikiran yang sedasyat sekarang ini. kenapa ya? Sebentar aku cuba fikirkan......

Oh ya!!Aku ingat!!aku bermimpi dan selalu memikirkan untuk menjadi seorang 'PRESIDENT' !!Yeah Presiden di Republik Imajinasi. Walaupun hanya berimajinasi tapi aku sangat ingin berada di kerusi kekuasaan. Aku ingin memerintah sebuah negara dengan kejujuran,pertimbangan,dan rasa kasih sayang. Dimana aku akan bentuk menteri-menteri yang berkaliber dan berjiwa rakyat untuk duduk dalam kabinet pemerintahanku. Dan aku telah pun memilih calon-calon menteri yang lulus dari segi pengalaman,akedemika,pemikiran,dan tanggung jawab. Mereka akan mengatur negara sesuai dengan bidang yang telah ditugaskan. Transparansi hukum adalah jalan yang terbaik menuju suatu negara demokrasi yang absolut ( mutlak ).

Negara harus bebas dari penjahat-penjahat korupsi,politik, dan bermacam-macam penjahat, termasuk penjahat kelamin ( kaki sex ). Memberi pendidikan percuma kepada seluruh umat manusia yang berwarganegara dan bukan warganegara. Untuk yang bukan warganegara atau penduduk tetap ( permanent residance ) atau yang lebih jelasnya pelajar dari luar negara harus membayar biaya pendidikan sesuai dengan tahap kemampuannya. Pendidikan adalah keperluan asas setiap manusia dimana kemajuan negara serta perkembangan terletak pada rakyat yang pintar dan generasi yang mampu mendaulah bangsa dengan bijak dan aman. Mahasiswa Pengajian Tinggi juga harus bijak membuat perubahan di atas bangsa. Bijak macam kancil,kalau bodoh?macam UMNO!Oleh itu menteri yang akan aku angkat menjadi menteri pendidikan juga harus punya teras pendidikan yang layak dan pengalaman memperlajari alam raya dan yang penting sekali adalah menteri ini bukan kaki rogol!


* Mahasiswa menjadi teras perubahan*

Kesihatan? Ya kesihatan juga adalah keperluan asas dan patut di perolehi secara percuma oleh setiap mereka yang bernyawa terutama manusia. Jika kesihatan di pungut banyaran, itu bukan negara namanya. Itu ' Chukong' yang menjadikan setiap manusia adalah konsumen yang perlu di peras duitnya. Oleh itu semua hospital swasta akan di nasionalisasikan atau lebih senang maknanya adalah di kerajaankan. Bagaimana kalau mereka yang tidak berduit sakit dan perlukan rawatan? Itulah seperti yang aku tuliskan di atas tadi. Kalau kesihatan itu perlu di bayar itu adalah negara chukong. Chukong itu adalah tawkey-tawkey cina yang memeras dan mementingkan keuntungan mereka sendiri. ( maaf ini bukan satu penulisan tentang rasisme) penulisan bersangkutan tentang chukong ini juga ada dimuatkan di dalam buku penipuan internet penulisan Hishamuddin Rais. Nak tau lebih lanjut apa itu Chukong, boleh cari buku Hishamudin Rais atau layari blog beliau di google ( taip : tukar tiub ). Berbalik kepada kesihatan itu tadi. Kalau rakyatnya tidak dapat rawatan kesihatan percuma bagaimana rakyat boleh menjaga kedaulatan negara bukan? Itu semua perlu kerana asas dan teras kemajuan serta kedaulatan terletak pada tubuh,akal serta jiwa yang sihat. Ilmu adalah sangat penting untuk menerajui satu perlembagaan sosial demokrasi yang jitu serta bermarwah. setiap rakyatnya ( tapi bukan nazi ya). " Rakyat harus menang melawan penindasan, rakyat harus menang!!" Itu nyanyian semangat buat rakyat! Walaupun aku nantinya akan menjadi pemerintah dan orang nombor satu dalam negara, tapi aku bukanlah ditaktor yang mementingkan diri sendiri serta kuasa. Aku ingin rakyatku semua bebas dari sistem penindasan yang dilakukan oleh banyak negara. Bagi aku, keselesaan dan kesejahteraan setiap manusia adalah ketika mereka mula keluar dari rahim ibu hingga ke kehidupan terakhir yaitu di kafan dan di masukkan ke liang lahad. Aku akan sediakan kubur percuma untuk rakyat aku. Bagi yang bunuh diri aku akan sediakan tempat pembuangan mayat yaitu dekat kolam buaya! bagi buaya makan!! Kalau berani buatlah!! oleh itu menteri kesihatan perlulah sihat dan perlu ilmu yang luas. Menteri yang suka hisap dadah boleh jadi dokter kat longkang besar Pasar Seni. Apa seh hisap dadah!Hisap Ganja lah kalau berani!

Sebenarnya Pemerintahan dan kekuasaan adalah tumpuk pada satu ketamakkan yang berlandaskan pada sistem UUD ' Ujung-Ujungnya Duit'. Begitu kalau kita lihat dinegara-negara dunia kedua dan ketiga. Negara dunia pertama begitu juga tetapi agak cantik mainnya. Apa yang aku imajinasikan pada Republik Imajinasi ini adalah bagaimana hal ini dapat di realisasikan oleh pemerintahan negara-negara. Apabila kita duduk pada tumpuk kekuasaan,segala akan jadi terbalik dari sangkaan. Kekuasaan hanya pada hujung pena ' power is very sweet'. Aku akan bahaskan ini lebih panjang pada skrip teater ' REPUBLIK IMAJINASI' yang akan aku kerjakan nanti. Semua ini perlu perbincangan dan debat khusus di antara kawan,pakar politik, dan tokoh budaya serta perkampungan. Mengerjakan skrip teater bukanlah satu kerja yang mudah. Kita akan berhadapan dengan segala macam perdebatan dan penentangan yang cukup luar biasa pada apa yang kita tulis. Teater adalah dimana lakonan yang penuh dengan politik. Lihat saja bagaimana teater ' Satu Merah panggung' yang di pandu oleh Ratna Sarumpaet. Beliau meledakkan gerakkan perlawanan terhadap orde Baru Soeharto dengan teater politik beliau. Begitu juga teater ' Koma ' . Teater adalah seni lakonan teater yang kritis terhadap politik.

Perkembangan teater dimalaysia masih belum mendapat sambutan yang baik. Teater yang banyak disunting dimalaysia masih lagi pada tahap menyedihkan bagi para pejuang aktivis teater. So, Harapan kedepan kita akan membuat teater menjadi satu tontonan dan pelajaran yang bermakna untuk genarasi akan datang. Bagaimana kalau kita harmonikan negara tanpa adanya penindasan,polis,tentera,dan politk penidasan. Kita ubah negara dengan teater dan penulisan. kita buat satu mazhab ' Revolusi Pena'! Kalau bro hisham terbaca agak-agak dia akan bantu aku pembikinan skrip ni tak ya? Kita kena duduk cantik sambil berbincang la bro! Tapi bro yang belanja eh. Aku standbya Dji sam Soe dengan Suria original!Amacam?

Selasa, 09 Maret 2010

seandainya...

Mungkin tidak seindah kita bayangkan,dan mungkin tidak semesra yang pernah kita lalui..

Dulu Mak pernah berpesan seperti ini " jika suatu hari nanti ada yang sulit untuk adik lakukan,buatlah ianya semudah mungkin walaupun itu sangat sulit". Apa yang mak aku pesan ini aku sendiri masih tertanya dan masih berfikir apakah maksud disebalik ayat-ayat keramat Mak ini. Dari segi zahiriah maksudnya memang mudah untuk difahami yaitu lakukan sesuatu yang tak mampu kita lakukan menjadi boleh dilakukan. Tapi dari sisi bathiniah?Cuba uraikan! Mungkin orang tua kita dulu-dulu masih berpegang pada mitos dan kepercayaan yang melampau. Tapi bagi aku mitos yang orang tua zaman dulu membawa pada maksud mendidik. Terpulang kepada kita yang berada dizaman ini memahami dan mengikutinya. Itu juga sastra!

*Sireh salah satu makanan khas adat melayu turun temurun*

tepak sireh khas digunakan sebagai barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. Oleh kerana tepak sireh penting dalam adat istiadat, ia tidak layak digunakan sembarangan, tambahan pula harganya mahal dan susah untuk dijaga dan dibersihkan. Semasa Kerajaan Melayu Melaka dipertengahan abad ke15, diceritakan bahawa Pahlawan lagenda Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sireh di dalam tepak sireh kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat dalam pertarungan, sebelum merampas keris sakti bernama Taming Sari dari tangan Hang Jebat sebelum dapat membunuhnya di atas penderhakaan terhadap Sultan Melaka.

Hang Tuah dan Hang Jebat makan sireh?Erm...Mungkin ya atau mungkin tidak. Sebab zaman dulu pantang larang merokok juga telah dimasukkan dan dimaktubkan dalam undang-undang kerajaan Melaka. Cuma yang berbeza zaman dulu tidak ada rokok Marlboro,Dunhill,Gudang Garam atau kertas gulung ganja Rizla. Yang ada hanyalah daun gulung rokok ( Apo namo eh den lupo). Mungkin zaman sekarang budaya memakan sireh sudah pupus di telan zaman Gudang Garam Suria. Zaman dulu budaya memakan sireh bukan hanya pada kaum wanita,tetapi juga pada kaum lelaki. Sambil kunyah sireh sambil bergosip salah satu budaya nostalgiakan.

***********************************

Cerita yang ingin aku tulis tidaklah membawa maksud pada apapun pandangan atau maksud dari yang tertulis di atas tentang hang tuah atau hang jebat sedang mengunyah sireh. Bukankah ada beberapa kajian yang mengatakan hang tuah datangnya dari negeri China? Hang Nadim? Hang Nadim sekarang sudah pun kaya dan memiliki airport pesawat di Batam,Indonesia dan 'gah' berdiri dengan nama BANDARA UDARA HANG NADIM BATAM. Rute penerbangan lebih meriah apabila pesawat Air Asia menjadi pesawat yang diminati. Bagaimana bos Air Asia Tony Fernandes berkenalan dengan Hang Nadim. Mungkin Tony Fernandes adalah susur galuh keturunan Hang. Tetapi mahu tahu kebenarannya ia atau tidak,anda boleh menghubungi beliau. Mungkin sekarang beliau sedang sibuk di England dengan kelab bola yang di beli beliau yaitu Portsmouth FC.

*Hang Tony Fernandes*

*diam-diam Hang Nadim sudah jadi Orang Kaya Baru*

Dulu waktu masih kecil aku selalu ingin naik pesawat. Tetapi itu bukan satu impian yang boleh diwujudkan oleh Ayah dan Mak oleh sebab kedua orang tuaku tidaklah mampu membawa kami adik beradik melancong dengan mengunakan alat pengangkutan elite ini. Zaman aku kecil dulu kehidupan ekonomi keluarga sangat sederhana. Walaupun keluargaku bukan berada dalam lingkungan masyarakat yang bekerja di University Teknologi Malaysia ( UTM ) Skudai dan dimana stuff disana dapat pakej percutian percuma dari kerajaan untuk melancong dengan menggunakan pesawat, tetapi Ayah mempunyai sebuah kereta Nissan lama yang bontotnya pendek dan kereta itu sangat berjasa dengan kami sekeluarga. Kenapa? Kerana ayah selalu bawa kami ke Pantai Lido sambil makan Steamboat! Itu cerita dulu. Sekarang Pantai Lido dah dikhianat oleh kerajaan yang mementingkan kesejahteraan mereka dengan membangun empayar pelancongan elite yaitu DANGA BAY!fuck!! Aku rindukan

*Ini dia empayar pelancongan yang khianat*


*pantai lido zaman dulu.kecil sangat gambanya.nak besar cari di google*


Walhal,zaman sekarang ini pelancongan yang murah sudah habis di telan waktu yang sombong. Sesombong Sammy Vellu yang tengah ketawa terbahak-bahak dengan kekayaan dari hasil jalan TOL nya! Dey sammy sudah kaya kasi sikit itu duitlah!porah!! Nak masuk Waterfall Kota Tinggi kena bayar RM 8, Gunung Pulai RM 2 dan semuanya kena berbayar. Mana tempat lagi yang percuma? Paya yang dulu tempat aku dan kawan-kawan selalu berenang pun sekarang dah di bangun asrama pelajar oleh UTM. Kenapalah mereka para penguasa selalu tak pernah puas. Lepas ini pula,kemungkinan jamban tempat aku selalu berak kat kampung Sawah Pontian tempat nenek aku itu pun di rampas. Alasan nak memajukan daerah. Alasan macam budak tadika!

*Samy Vellu sekarang bekerja part-time menjadi pemain bola negara Brazil*

* Bagi balik paya tempat hiburan kami!*

Zaman berubah mengikut waktu dan tuntutan. Zaman dulu orang tua bijak mengatur ekonomi dan dapat menabung sedikit sebanyak rezeki yang mereka dapat untuk bekal ke anak-anak mereka kelak. Mereka dapat mengumpul harta dan mewasiatkan ke generasinya kelak. Orang zaman dulu walaupun gaji hanya pas-pasan. Tapi mereka bijak dalam mengatur pengeluaran dan kemasukan. Itu zaman dulu yang tidak dipengaruhi oleh zaman modernisasi atau lebih dialektikanya lagi ' Globalisasi'! Zaman sekarang yang kita hidup ini, berbagai macam perlu di konsumsikan. Zaman dulu belum ada tol,mcdonald,starbuck,dan waterworld. Zaman sekarang? semuanya ada. Masuknya zaman era penjajahan baru ini,anak muda dan orang tua berlagak muda kalah dengan pengaruh modern ini. Mereka telah ter-modernisasi. Wang tak dapat di simpan dan tak dapat menabung dengan alasan komitmen yang makin besar. Gaya makan pun lebih kepada makanan fast food kapitalis. Nasi kalah trend! Bagi aku zaman berubah mengikut zaman. Dan semakin majunya sesebuah negara adalah kemunduran bagi ekonomi rakyatnya. Punk juga merasakan tempias ekonomi global tau!

* Zaman dulu jarang ada makhluk cute seperti ini. Zaman sekarang?lu pikir la sendiri*

Mata pun dah berat,fikiran kacau,fikirkan hidup yang bercelaru. Waktunya aku untuk bermimpi dan menggapai Imajinasiku di dalam mimpi yang indah..nite

ZzzZzzzZzz....


Senin, 08 Maret 2010

Ikut Suka Aku I.S.A

Lari dan teruslah berlari mengejar mimpi....
*ini kawan aku bernama Wakkang ( kiri )*

Hari ini aku terjaga dari tidur pukul 1.14 pm. Cuaca diluar cukup panas. Kenapa bangun lambat? Sebab malam tadi aku print patches dan baju untuk di bawa ke Tanjung Balai Karimun,Indonesia. Perencanaannya hari ini,tapi bangun tidur agak lewat aku tundakan keberangkatannya pada hari esok. Malam ini aku harus balik ke rumah orang tuaku packing barang-barang untuk berangkat. " Ingatkan dah lupa jalan balik rumah." Mak akan berkata seperti itu. Aku memang jarang balik ke rumah sebab dirumah sangat membosankan dan di kawasan perumahan orang tuaku tinggal,aku memang tidak memiliki teman. Ada pun itu hanya seorang nama dia Wakkang ( Punk juga ). Aku dah mula merapu.....


*********************************************************************

Ah...cerita semalam aku tak dapat nak teruskan,atas sebab pemindahan foto terlalu lama. Mungkin koneksi kurang bagus. Fuck!! Perkataan 'Fuck' mungkin tidak baik dipertontonkan dan di pelajari oleh anak-anak bawah umur. Tapi setakat ini aku belum tau apakah ada budak bawah umur yang singgah baca di blog aku. Aku rasa bro Hishamudin Rais ( tukar tiub ) akan mentertawakan penulisan dan cerita di blog aku sebab tidak ada penulisan atau artikel yang bersangkutan dengan perlawanan dan kritikan. Peduli apa!Ini blog curahan hati aku!auuuu!!!

*dey tambhi porah!!ini macam mana ada lawan blog saya punya*

**************************************************
Aku saat ini mengoperasikan dua blog sekaligus. Salah satunya adalah blog yang bermedium kritikan dan pergerakkan dan satu lagi ini dia yang sedang kalian baca. Betul jugakan sekeras-keras apapun perwatakkan kita dan sejiwa baja manapun hati kita, terkadang kita memerlukan individu ataupun medium untuk kita meluahkan perasaan kita. Punk,mat rempit, kaki nombor ekor,gangster chow kit atau pembunuh bayaran tetap punya sisi hati yang lembut. Itulah manusia kawan..


*****************************************************

Kalian pernah merasakan satu tahap memikir yang kritikal? Mungkin pernahkan? Aku? Pernah! Saat ini aku rasakan tahap memikir terlalu kritikal. Aku memikirkan dua orang makhluk yang sangat aku sayangi. Mereka makhluk tuhan yang berspesis manusia juga. Nak tau siapa? Tu,mereka yang dibawah di foto yang di air ini..Kenal dengan mereka? Haslina dan Armand.. Ini saat yang paling jahanam aku rasakan dalam kisah hidup aku. Oh tuhan...tolong aku berikan bla bla bla...aku dah mula sengal!!



**************************************************
Berbasikal adalah salah satu hobi aku yang sangat aku cintai. Hobi ini wujudnya sudah lama dalam diri aku. Dulu berbasikal sendiri. Sekarang teman-teman berbasikal pun dah ramai. Ini satu potensi dimana hobi aku positif dan sihat ini boleh tersalurkan ke ramai orang. Berbasikal bukanlah satu kompetisi yang mana ada yang menang atau yang kalah. tapi memang tidak di nafikan berbasikal juga ada kompetisinya. Aku berkhayal ingin ikut dalam kompetisi Le tour. Tapi entah bila ianya akan terwujud. sudahlah...mimpi terus! kemarin aku berbincang dengan Nas ( Plague Of Happiness ) tentang basikal. Nas ceritakan bagaimana dia mengayuh keliling Malaysia,Thailand dan Laos. Aku terbawa pada khayalan tingkat tinggi! Aku ingin ke Laos! Berbasikal membuat kita sihat dan membuat kita banyak pengalaman. Tapi sayang di Johor Bahru sangat sedikit mereka yang berbasikal. Makan asap la woi!!



***********************************************
Sesiapapun ingin menulis bukan? Tetapi idea terkadang tandus apabila kita ingin memulakan penulisan itu. Tidak kira itu menaip di komputer atau menulis manual menggunakan pen atau pensil. Begitu juga dengan aku. Zine aku untuk isu pertama masih lagi 'rampung'. Rampung?Apa tu? Rampung ertinya masih kosong atau lebih tepatnya masih terbengkalai. Menulis bukanlah satu hal yang mudah. Perlu idea dan perlu keyakinan. Itu pun kalau penulisan kita mahu di baca dan punya erti dan masud. Tapi kalau rasa ingin menulis dan membaca sendiri,lakarkan saja cerita kita sendiri. Tapi menulis perlu idea! Aku pun terkadang ketandusan idea bila berhadapan dengan komputer. Itulah manusia. Kalau kuat makan roti canai otak jadi lembab. Mungkin penulisan hari ini agak panjang berjela,sebab aku dah 4 hari tak makan roti canai!Mamak Conspirasy!!

kami keletihan setelah di tahan seharian.surat putih-jaminan keluarsurat kuning-arahan perubatan ke hospital
*Pada akhirnya ini yang terjadi kalau idea memuncak. Baru keluar balai ye bang?hehe*

*************************************************

Panjang jugakan apa yang aku taip ini. Wah...jadi bangga sendiri walaupun tak punya maksud dan pengertian apa-apa. Aku bangga kerana aku masih boleh berbagi rasa dengan blog aku ini. Free lagi.. Terima kasih Ronald Reagan sebab beri kemudahan internet kepada dunia. Tapi bill meroket tinggi!bodoh punya Ronald reagan. Kalau nak beri kemudahan pun,biarlah ianya percuma!!aku marah!! sudah-sudah aku dah penat....bye..

Embrace Hall dan cerita didalamnya

Hari-hari indah itu adalah bersama tertawa,berjenaka,bertanya,dan berhibur! Tapi ingat ada sisi yang menggelapkan dari itu semua yaitu iri hati..

Ah...sudahlah aku pun tak mau menikam teman-temanku yang selama ini banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Bukan kurang ajar!kawan-kawan tak mau lawan!

disini tempatnya ketika saya mula terhibur dan bertanya kenapa kawan?Kau selalu tersenyum dan tertawa....Ini saya tunjukkan tempat yang paling syurgawi..

*Ini dia tempatnya kawan*

Kenapa aku selalu ke sini? Itu satu soalan yang bagus yang aku pertanyakan untuk diri aku sendiri. Mungkin susah kalian nak bertanya atau daripada tidak ditanya-tanya,baik aku tanya sendiri. Sebenarnya aku boleh dikatakan dekat dengan kawan aku yang bernama Fahmi. Beliau ini adalah sang empunya Embrace Hall ini. Kalau kalian nampak dia dijalan dan agak ganas perwatakkan wajah atau dari segi jalannya,itu hanyalah luaran saja. Dia orang baik. Jangan pow dia tau. Ni aku tunjukkan siapa dia,manalah tau kalian jumpa di luar atau selisih bahu, boleh saling kenal mengenal. Ye tak??

*Inilah fahmi dan sang empunya Embrace Hall tu. Ramah dan baik hati*

Di embrace hall bukanlah tempat sesuci masjid atau semulia tempat pertemuan parti politik bersimpatikan agama. Tapi bagi aku ia satu tempat yang menarik dan banyak pelajaran yang aku dapatkan. Sumpah!aku belajar dan dapat pelajaran disini tak menggunakkan sesen haram pun untuk membayar kos belajar. Ini boleh dikatakan satu institusi yang terbaik yang pernah di miliki oleh negara Malaysia selepas CBGB di Amerika Syarikat yang telah tutup akibat hutang. Tapi setakat ini embrace masih suci tanpa hutang dengan kerajaan seperti PTPN.

Di embrace Hall ini ada bermacam-macam piringan cerita yang boleh di tonton. Ada juga filem-filem dokumentari yang mengisahkan berbagai cerita tentang aspek kehidupan di mana-mana negara. Disini ada seorang sahabat aku bernama Rizman. Beliau ini sangat baik dan boleh dikatakan 'geng of Alcoholic' dengan aku. Rizman memiliki satu penyakit yaitu menonton apapun filem cerita. Sesetengah orang akan menonton cerita mengikut selera masing-masing bukan?Ada yang hobi menonton cerita komedi,horor,bunuh membunuh,perang,dan mengintip orang berak atau mandi( sekodeng orang mandi tu cerita alami tanpa skrip dan percuma). Tapi Rizman sangat berbeza.Dia menonton apa saja yang saya tuliskan diatas melainkan tidak suka menonton orang mandi atau berak(sekodeng),cerita melayu dan cerita bodoh senario. Itulah penyakit yang ada dekat rizman yaitu apapun cerita tetap best kecuali yang aku tulis di atas tadi tentang pengecualiannya. Ini dia aku tunjukkan sahabat aku yang sedikit misterius..

* jangan macam-macam!saya boleh kasi hantam you punya tengkuk tau!*

Se-punk-punk apapun kita harus tau dan punya sedikit pengetahuan tentang alam sekitar,undang-undang dan macam-macam lagi. Kenapa kita kena tau semua itu? kita punk kena taulah. Kalau tak tau jangan jadi punk,jadilah orang-orang bodoh macam orang bodoh!porah!! Dekat embrace dilarang ber-sex bebas,homophobic,anti perkauman dan macam-macam lagi sisi negatif yang tak patut masuk ke ruang sendi kita kaum muda yang bercita-cita berevolusi. Disini ada sahabat aku yang kecil molek dan suka ketawa kalau aku bercakap. Aku pun tak tau apa penyakit dia ni. dia punk!Tapi jangan macam-macam dia ini seorang 'PEGUAM'! Ha!!!aku dah cakap tadi bahwa punk itu harus tau tentang apa saja, dan kawan-kawan disini semuanya punya karier yang baik untuk melangsungkan cita-cita bila berkeluarga. Kalau aku?hanya tuhan yang taulah...Ini aku tunjukkan siapa peguam punk itu yang sedikit hari lagi Gobind Singh peguam yang hebat itu akan jadi pekerja dia pula.

* Inilah peguam punk yang saya ceritakan itu*

Wakkang? Siapa dia?erm...baiklah kalau kalian semua ingin tau siapa dia ini,aku akan cerita siapa lelaki ini. Dia bukanlah seorang lelaki Indonesia yang bertarung hidup mencari rezeki dan di peras oleh agen-agen pekerja asing di negera Malaysia ini. Beliau ini seorang warganegara Malaysia dan punya kombinasi genetik Indo-malay. walaupun dia seorang yang masih muda,tapi idea serta pemikirannya tergolong cukup tua dan punya nilai pandang eksotis seperti layaknya penari 'striptise' di diskotik. Tapi beliau cukup pantang masuk diskotik sebab-sebab mengapa dia tidak suka diskotik hanya tuhan saja yang tau. Sekarang beliau sudah bekerja di salah satu syarikat Insurans di Taman Universiti JB merangkap sebagai tukang taip. Selepas menamatkan pelajaran di salah satu Institut pengajian,beliau melanjutkan karier dengan berniaga kuih muih. Berniaga lebih kurang 2 bulan,peniagaan memasuki tahap muflis akibat pengaruh ekonomi global. Jadi beliau menapak membaiki kehidupan dengan pekerjaan seperti sekarang ini yaitu tukang taip. kenapa beliau dan Embrace saling dikaitkan? Sebab beliaulah ' pak meriah'-kan acara-acara di embrace walaupun harus menari seorang diri.

pandangan unjuran ortografik..
* macam model syampoo rambutkan?*

Semua yang berbadan sihat tidak semestinya selalu lambat dalam melakukan sesuatu. Aku memiliki sahabat lagi yang aku panggil namanya dengan panggilan 'Aji'. Beliau bukan seorang Haji atau Mufti besar Johor. Beliau adalah seorang yang bernama Aji dan seorang hardcore kental yang memiliki kedai distro di tengah bandaraya JB ini. Kalian kenal dengan beliau? Tapi aku salut dengan sahabat aku satu ini,beliau suka travel ke luar negara. Beliau pernah sampai ke Eropa dengan berbekalkan uang sebesar RM 1500 selama satu bulan setengah di eropa. Beliau cerita selama sebulan setengah di eropa beliau masih bawa balik sisa dari duit yang beliau bawa sebesar 200 euro. Jadi beliau telah habiskan RM 1000 dan masih ada sisa duit. Cuba kalikan berapa yang Aji keluarkan perbelanjaan beliau selam sebulan setengah. Nasib baik toilet di eropa tak perlu bayar. Kira Aji telah jimat sedikit duit untuk masuk ke toilet. Di Malaysia bagaimana? Nak buang tahi pun kena bayar 30 sen!porah! Cuma penyakit Aji ini satu,kalau jumpa aku selalu nak bergurau dan bergadoh. Fahmi selalu cakap "korang ni macam anjing dan kucing lah". Aku pilih kucing!Aji?pilih yang satunya lah!ahaha..Mana Aji hilang beberapa hari ini?tanpa kabar berita?rupanya dia ke Jakarta nak lihat konsert. Tapi tak jadi..uh kasihan deh lo...heheheh

* Ini gaya saya.Bukan korek bontot ha!*

Sebenarnya masih ramai lagi kawan-kawan yang selalu ada dan memeriahkan embrace hall ini. Tapi aku rasa letih nak taip satu persatu tentang kawan-kawan. bagaimanapun embrace hall ini adalah tempat dimana orang-orang berfikiran revolusi jitu berkumpul dan saling bersahabat. Itulah pentingnya medium kreativiti yang bebas dengan apa sahaja pemikiran dan perbuatan selagi itu tidak menindas hak serta kepentingan individu serta alam raya ini. InsyaAllah suatu hari nanti Negara Malaysia ini akan membentangkan demokrasi seutuhnya dan setiap makhluk yang bernama manusia bebas berkreativiti dan berkreasi tanpa ada sekatan serta ancaman sistem. Aku menulis di blog adalah atas keinginan dan rasa bebas berkarya. Kenapa kita masih belum bebas ketika negara sudah mencapai kemerdekaan? jawapannya adalah dimana kita mampu melakukan dan membebaskan diri kita dengan jiwa yang merdeka. Medium kebebasan mutlak ada didiri kita. Kalau salah menggunakan medium kita akan terperangkap oleh kebebasan itu sendiri. Bangun cita-cita dan impian kita bermula dari sekarang,dan wujudkan setelah kita lelah bermimpi!!

Punk itu ternyata indah.Punk punya segalanya tentang kehidupan yang tidak perlu sandar menyandar. Punk adalah kebebasan dari sudut pola fikir dan gerakkan. Punk adalah ilmu yang tidak pernah dapat dari sekolah yang bertuhankan duit dan kepentingan. Punk adalah institusi mimpi yang tidak pernah dimiliki oleh para penguasa dan para koporat. Punk adalah musuh yang di heret,ditindas dan di benci masyarakat yang cetek pemikiran. Tapi bagi aku dan mereka yang ada dalam Embrace Hall ini,Punk adalah perlawanan dan kehidupan yang tidak pernah orang yang tidak tahu miliki!

* ada berani dengan punk?duri dimana-mana!cocok kang*

*dey tambi hari-hari mabok ka?afgan punk sudah marah*

* dey gua tanik lu ada kisah ka?kasi hantam kepala mau ka?*

teng yu pang nat det!!

Lagu untuk matahariku

Lagu Arman

bergulung indah awan mengikuti
pelangi jingga indah hiasi bumi
ombak biru menghempas kesunyian
angin meniup hembuskan kedamaian

hidup ini bagaikan cerita dongeng
melukiskan drama indah cerita tidur
jangan nangis dan jangan cengeng
kau lelaki nantinya sendiri

arman sayang kau kasih tak bertepi
menyayangi mu hingga akhir waktu
arman kau tiang paksi hidup ini
tak pernah menyesali dan ragu
arman kau anugerah terindah yang pernah aku miliki

cepatlah besar armanku
kelak sendiri harungi hidup
lakarkan ceritamu seindah puisi
kau lelaki anak ku sayang...

Minggu, 07 Maret 2010

Mereka Matahari..

Kasih rindu adalah sebatas dari satu sisi minda yang menginginkan sesuatu yang indah yang ingin dimiliki oleh setiap mahkluk hidup bernama manusia begitu juga binatang dan kehidupan alam semesta..

Kebelakangan ini aku mula merasakan ketidak-seimbang-an pekerjaan dari diri ini. Organ-organ serta saraf tidak bekerja dengan sepenuhnya baik. Aku memikirkan dua orang yang paling aku rindukan saat ini. Mereka yang di satu saat dulu tersenyum,ketawa,berbagi,dan bernyanyi bersama kini berundur meninggalkan aku dengan seribu pertanyaan.....mengapa? Inilah persoalan kawan...

Aku rindu.rindu.rindu.rindu.....Tuhan kembalikan mereka sekali lagi ke aku..walaupun hanya 1 minit aku mohon...Aku rindu mereka..

Selasa, 02 Maret 2010

KENAPA

Kenapa selalu ada yang kalah dalam menghadapi realita?Kenapa ada yang selalu mengeluh dengan kehidupan yang dijalaninya?sebab dan muasabab adalah ketakutan pada diri sendiri dan kurang yakin dengan sekitaran yang nyata...

Aku dilahirkan dari keluarga yang tergolong sederhana. keluarga yang datang dari kelompok pekerja kasar yang bertarung nyawa demi kehidupan di negara semakmur Malaysia ini. Indonesia adalah negara dimana orang tua aku dilahirkan. Ayah menceritakan tentang bagaimana beliau sampai ke Negara ini dan bagaimana beliau berkahwin dengan Mak dan bagaimana kami adik beradik dilahirkan dengan tidak mengalami sebarang kekurangan dari segi makanan,kehidupan,dan serba serbi kami masih hidup dalam keadaan manusiawi walaupun status orang tua aku adalah "Imigran" atau dalam bahasa kasarnya 'Pendatang Haram'. Ya pendatang haram kawan.....

Aku berbagi kehidupan dengan mereka yang seumur di negara yang bukan milik orang tuaku,juga bukan milik aku. Ianya hanya milik Abang dan adik-adikku. Bayangkan bagaimana kehidupan yang orang tua ku jalani sehingga kehari ini adalah hasil susah payah dan perjuangan yang tak pernah mengenal kalah demi mensejahterakan anak-anaknya. 1980 Ayah menjadi 'permanent residance' dan diikuti Mak pada tahun berikutnya. Alhamdullilah kehidupan berjalan sedikit lebih normal berbanding sebelumnya masih berstatuskan Ilegal. Pada tahun itu segala keistimewaan adalah sepenuhnya milik bumiputera melayu. Tiada bantuan atau keringanan buat mereka yang bukan warganegara. Ayah dan Mak masih berstatuskan penduduk tetap dan harus mengusahakan semuanya secara individual tanpa ada bantuan dari kerajaan atau pemerintahan Malaysia. Pilihan Ayah dan Mak adalah berjuang sehabis tenaga untuk anak-anak beliau tetap hidup layak selayak mereka warganegara.

Aku ingat pada tahun 1990 aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai Johor Baharu. Waktu itu aku adalah salah satu diantara puluhan anak dari migran Indonesia yang bersekolah disana. Khairul Nizam,Rangga,Tommy,Rahiman dan aku adalah anak-anak dari buruh kasar Indonesia yang menumpang bersekolah disini. tapi perjuangan orang tua kami waktu itu cukup untuk kami lakarkan dalam sejarah kehidupan sehingga kami dapat sepenuhnya bersekolah di sana tanpa menumpang. "Indon,balik la kau ke negara kau sana!disini bukan tempat kau." Hal yang biasa aku dan sahabat-sahabat aku terima dari mereka yang punya status keistimewaan. Tapi aku diam dan tak melawan. Aku sadar bahwa kehidupan bukan diatur oleh orang lain. jadi,jawapannya adalah diam dan jalankan apa saja menurut kemahuan aku. Sangat mudah kawan!

Alhamdulillah sejauh apapun yang aku jalani sehingga ke hari ini adalah titik awal berangkat dari penderitaan yang panjang. Penderitaan yang mengusung aku kepada kekuatan untuk bertekad menjadi lebih baik untuk kehidupan aku. Saat aku mula belajar mengenal huruf dirumah lalu membawa ke alam persekolahan aku mula membaca,mengenal,dan menikmati. Itulah keajaiban bagaimana kehidupan dari kecil membawa ke dewasa saat ini.Betulkan kawan?mungkin kamu juga pernah menikmati..

Status kewarganegaraan,aspek sosial,kehidupan pribadi,duniawi adalah sisi dari proses kehidupan itu berlaku. hidup bagaikan rotasi bumi yang berputar. Kita yang tentukan jalan kita sendiri,kita yang tentukan bagaimana kita di masa depan nanti. Orang lain hanya individu sokongan. Apapun kita adalah kita yang bukan mereka..

Tetap tabah dan jalankan kehidupan mu sesuai dengan kemahuan mu...

=Mak dan Ayah maaf selama ini selalu menyusahkan dan tak pernah menghargai apa yang mak dan ayah juangkan untuk kami adik beradik. tetapi dalam lubuk Hati yang paling dalam ayah dan mak adalah JUARA NOMBOR SATU DALAM DUNIA!!...Kalau ada salah silap saya minta maaf. Kalau nak marah juga,marah kat abang dan adik2 yang lain.Sebab diorang memang patut kena marah sebab malas cuci pinggan dan apu rumah!!ahak!!!!!

****************************************************************************
*eh apa lah yang aku merepek ni...*