Selasa, 09 Maret 2010

seandainya...

Mungkin tidak seindah kita bayangkan,dan mungkin tidak semesra yang pernah kita lalui..

Dulu Mak pernah berpesan seperti ini " jika suatu hari nanti ada yang sulit untuk adik lakukan,buatlah ianya semudah mungkin walaupun itu sangat sulit". Apa yang mak aku pesan ini aku sendiri masih tertanya dan masih berfikir apakah maksud disebalik ayat-ayat keramat Mak ini. Dari segi zahiriah maksudnya memang mudah untuk difahami yaitu lakukan sesuatu yang tak mampu kita lakukan menjadi boleh dilakukan. Tapi dari sisi bathiniah?Cuba uraikan! Mungkin orang tua kita dulu-dulu masih berpegang pada mitos dan kepercayaan yang melampau. Tapi bagi aku mitos yang orang tua zaman dulu membawa pada maksud mendidik. Terpulang kepada kita yang berada dizaman ini memahami dan mengikutinya. Itu juga sastra!

*Sireh salah satu makanan khas adat melayu turun temurun*

tepak sireh khas digunakan sebagai barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. Oleh kerana tepak sireh penting dalam adat istiadat, ia tidak layak digunakan sembarangan, tambahan pula harganya mahal dan susah untuk dijaga dan dibersihkan. Semasa Kerajaan Melayu Melaka dipertengahan abad ke15, diceritakan bahawa Pahlawan lagenda Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sireh di dalam tepak sireh kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat dalam pertarungan, sebelum merampas keris sakti bernama Taming Sari dari tangan Hang Jebat sebelum dapat membunuhnya di atas penderhakaan terhadap Sultan Melaka.

Hang Tuah dan Hang Jebat makan sireh?Erm...Mungkin ya atau mungkin tidak. Sebab zaman dulu pantang larang merokok juga telah dimasukkan dan dimaktubkan dalam undang-undang kerajaan Melaka. Cuma yang berbeza zaman dulu tidak ada rokok Marlboro,Dunhill,Gudang Garam atau kertas gulung ganja Rizla. Yang ada hanyalah daun gulung rokok ( Apo namo eh den lupo). Mungkin zaman sekarang budaya memakan sireh sudah pupus di telan zaman Gudang Garam Suria. Zaman dulu budaya memakan sireh bukan hanya pada kaum wanita,tetapi juga pada kaum lelaki. Sambil kunyah sireh sambil bergosip salah satu budaya nostalgiakan.

***********************************

Cerita yang ingin aku tulis tidaklah membawa maksud pada apapun pandangan atau maksud dari yang tertulis di atas tentang hang tuah atau hang jebat sedang mengunyah sireh. Bukankah ada beberapa kajian yang mengatakan hang tuah datangnya dari negeri China? Hang Nadim? Hang Nadim sekarang sudah pun kaya dan memiliki airport pesawat di Batam,Indonesia dan 'gah' berdiri dengan nama BANDARA UDARA HANG NADIM BATAM. Rute penerbangan lebih meriah apabila pesawat Air Asia menjadi pesawat yang diminati. Bagaimana bos Air Asia Tony Fernandes berkenalan dengan Hang Nadim. Mungkin Tony Fernandes adalah susur galuh keturunan Hang. Tetapi mahu tahu kebenarannya ia atau tidak,anda boleh menghubungi beliau. Mungkin sekarang beliau sedang sibuk di England dengan kelab bola yang di beli beliau yaitu Portsmouth FC.

*Hang Tony Fernandes*

*diam-diam Hang Nadim sudah jadi Orang Kaya Baru*

Dulu waktu masih kecil aku selalu ingin naik pesawat. Tetapi itu bukan satu impian yang boleh diwujudkan oleh Ayah dan Mak oleh sebab kedua orang tuaku tidaklah mampu membawa kami adik beradik melancong dengan mengunakan alat pengangkutan elite ini. Zaman aku kecil dulu kehidupan ekonomi keluarga sangat sederhana. Walaupun keluargaku bukan berada dalam lingkungan masyarakat yang bekerja di University Teknologi Malaysia ( UTM ) Skudai dan dimana stuff disana dapat pakej percutian percuma dari kerajaan untuk melancong dengan menggunakan pesawat, tetapi Ayah mempunyai sebuah kereta Nissan lama yang bontotnya pendek dan kereta itu sangat berjasa dengan kami sekeluarga. Kenapa? Kerana ayah selalu bawa kami ke Pantai Lido sambil makan Steamboat! Itu cerita dulu. Sekarang Pantai Lido dah dikhianat oleh kerajaan yang mementingkan kesejahteraan mereka dengan membangun empayar pelancongan elite yaitu DANGA BAY!fuck!! Aku rindukan

*Ini dia empayar pelancongan yang khianat*


*pantai lido zaman dulu.kecil sangat gambanya.nak besar cari di google*


Walhal,zaman sekarang ini pelancongan yang murah sudah habis di telan waktu yang sombong. Sesombong Sammy Vellu yang tengah ketawa terbahak-bahak dengan kekayaan dari hasil jalan TOL nya! Dey sammy sudah kaya kasi sikit itu duitlah!porah!! Nak masuk Waterfall Kota Tinggi kena bayar RM 8, Gunung Pulai RM 2 dan semuanya kena berbayar. Mana tempat lagi yang percuma? Paya yang dulu tempat aku dan kawan-kawan selalu berenang pun sekarang dah di bangun asrama pelajar oleh UTM. Kenapalah mereka para penguasa selalu tak pernah puas. Lepas ini pula,kemungkinan jamban tempat aku selalu berak kat kampung Sawah Pontian tempat nenek aku itu pun di rampas. Alasan nak memajukan daerah. Alasan macam budak tadika!

*Samy Vellu sekarang bekerja part-time menjadi pemain bola negara Brazil*

* Bagi balik paya tempat hiburan kami!*

Zaman berubah mengikut waktu dan tuntutan. Zaman dulu orang tua bijak mengatur ekonomi dan dapat menabung sedikit sebanyak rezeki yang mereka dapat untuk bekal ke anak-anak mereka kelak. Mereka dapat mengumpul harta dan mewasiatkan ke generasinya kelak. Orang zaman dulu walaupun gaji hanya pas-pasan. Tapi mereka bijak dalam mengatur pengeluaran dan kemasukan. Itu zaman dulu yang tidak dipengaruhi oleh zaman modernisasi atau lebih dialektikanya lagi ' Globalisasi'! Zaman sekarang yang kita hidup ini, berbagai macam perlu di konsumsikan. Zaman dulu belum ada tol,mcdonald,starbuck,dan waterworld. Zaman sekarang? semuanya ada. Masuknya zaman era penjajahan baru ini,anak muda dan orang tua berlagak muda kalah dengan pengaruh modern ini. Mereka telah ter-modernisasi. Wang tak dapat di simpan dan tak dapat menabung dengan alasan komitmen yang makin besar. Gaya makan pun lebih kepada makanan fast food kapitalis. Nasi kalah trend! Bagi aku zaman berubah mengikut zaman. Dan semakin majunya sesebuah negara adalah kemunduran bagi ekonomi rakyatnya. Punk juga merasakan tempias ekonomi global tau!

* Zaman dulu jarang ada makhluk cute seperti ini. Zaman sekarang?lu pikir la sendiri*

Mata pun dah berat,fikiran kacau,fikirkan hidup yang bercelaru. Waktunya aku untuk bermimpi dan menggapai Imajinasiku di dalam mimpi yang indah..nite

ZzzZzzzZzz....


3 komentar:

  1. hahahaha~ gile la kau ni..ape yg kau tulis kt cni xpenah tlintas kt fikiran aku..npe ek..urmm..ape2 pun,same2(sbb kau ucapkan terima kasih sbb jd pgikut yg setia)..hehe..mmg hobi aku mmg membace..lg2 lau dpt novel..lau xmkn pun xpe janji aku dpt habiskan bce novel tu..tp skrg x..bkn xminat tp xberkesempatan..mgkin sibuk ngn ank..so dgn adenye blog kau ni dan kau pun pndai bkate2,so dpt la aku kembalikan hobi membaca aku tu...thanks a lot gaf... <3

    BalasHapus
  2. heheh..thanks reen..aku menulis sebab hobi. inilah tempat aku nak bercurah rasa.dan satu lagi aku cuba mempertengahkan satu agenda penulisan untuk mengangkat kesadaran anak muda ttg gelombang penipuan yang telah di lakukan negara terhadap rakyat.heheh..btw thanks:)satu kalung hadiah mutiara buat ko:)

    BalasHapus