Senin, 08 Maret 2010

Ikut Suka Aku I.S.A

Lari dan teruslah berlari mengejar mimpi....
*ini kawan aku bernama Wakkang ( kiri )*

Hari ini aku terjaga dari tidur pukul 1.14 pm. Cuaca diluar cukup panas. Kenapa bangun lambat? Sebab malam tadi aku print patches dan baju untuk di bawa ke Tanjung Balai Karimun,Indonesia. Perencanaannya hari ini,tapi bangun tidur agak lewat aku tundakan keberangkatannya pada hari esok. Malam ini aku harus balik ke rumah orang tuaku packing barang-barang untuk berangkat. " Ingatkan dah lupa jalan balik rumah." Mak akan berkata seperti itu. Aku memang jarang balik ke rumah sebab dirumah sangat membosankan dan di kawasan perumahan orang tuaku tinggal,aku memang tidak memiliki teman. Ada pun itu hanya seorang nama dia Wakkang ( Punk juga ). Aku dah mula merapu.....


*********************************************************************

Ah...cerita semalam aku tak dapat nak teruskan,atas sebab pemindahan foto terlalu lama. Mungkin koneksi kurang bagus. Fuck!! Perkataan 'Fuck' mungkin tidak baik dipertontonkan dan di pelajari oleh anak-anak bawah umur. Tapi setakat ini aku belum tau apakah ada budak bawah umur yang singgah baca di blog aku. Aku rasa bro Hishamudin Rais ( tukar tiub ) akan mentertawakan penulisan dan cerita di blog aku sebab tidak ada penulisan atau artikel yang bersangkutan dengan perlawanan dan kritikan. Peduli apa!Ini blog curahan hati aku!auuuu!!!

*dey tambhi porah!!ini macam mana ada lawan blog saya punya*

**************************************************
Aku saat ini mengoperasikan dua blog sekaligus. Salah satunya adalah blog yang bermedium kritikan dan pergerakkan dan satu lagi ini dia yang sedang kalian baca. Betul jugakan sekeras-keras apapun perwatakkan kita dan sejiwa baja manapun hati kita, terkadang kita memerlukan individu ataupun medium untuk kita meluahkan perasaan kita. Punk,mat rempit, kaki nombor ekor,gangster chow kit atau pembunuh bayaran tetap punya sisi hati yang lembut. Itulah manusia kawan..


*****************************************************

Kalian pernah merasakan satu tahap memikir yang kritikal? Mungkin pernahkan? Aku? Pernah! Saat ini aku rasakan tahap memikir terlalu kritikal. Aku memikirkan dua orang makhluk yang sangat aku sayangi. Mereka makhluk tuhan yang berspesis manusia juga. Nak tau siapa? Tu,mereka yang dibawah di foto yang di air ini..Kenal dengan mereka? Haslina dan Armand.. Ini saat yang paling jahanam aku rasakan dalam kisah hidup aku. Oh tuhan...tolong aku berikan bla bla bla...aku dah mula sengal!!



**************************************************
Berbasikal adalah salah satu hobi aku yang sangat aku cintai. Hobi ini wujudnya sudah lama dalam diri aku. Dulu berbasikal sendiri. Sekarang teman-teman berbasikal pun dah ramai. Ini satu potensi dimana hobi aku positif dan sihat ini boleh tersalurkan ke ramai orang. Berbasikal bukanlah satu kompetisi yang mana ada yang menang atau yang kalah. tapi memang tidak di nafikan berbasikal juga ada kompetisinya. Aku berkhayal ingin ikut dalam kompetisi Le tour. Tapi entah bila ianya akan terwujud. sudahlah...mimpi terus! kemarin aku berbincang dengan Nas ( Plague Of Happiness ) tentang basikal. Nas ceritakan bagaimana dia mengayuh keliling Malaysia,Thailand dan Laos. Aku terbawa pada khayalan tingkat tinggi! Aku ingin ke Laos! Berbasikal membuat kita sihat dan membuat kita banyak pengalaman. Tapi sayang di Johor Bahru sangat sedikit mereka yang berbasikal. Makan asap la woi!!



***********************************************
Sesiapapun ingin menulis bukan? Tetapi idea terkadang tandus apabila kita ingin memulakan penulisan itu. Tidak kira itu menaip di komputer atau menulis manual menggunakan pen atau pensil. Begitu juga dengan aku. Zine aku untuk isu pertama masih lagi 'rampung'. Rampung?Apa tu? Rampung ertinya masih kosong atau lebih tepatnya masih terbengkalai. Menulis bukanlah satu hal yang mudah. Perlu idea dan perlu keyakinan. Itu pun kalau penulisan kita mahu di baca dan punya erti dan masud. Tapi kalau rasa ingin menulis dan membaca sendiri,lakarkan saja cerita kita sendiri. Tapi menulis perlu idea! Aku pun terkadang ketandusan idea bila berhadapan dengan komputer. Itulah manusia. Kalau kuat makan roti canai otak jadi lembab. Mungkin penulisan hari ini agak panjang berjela,sebab aku dah 4 hari tak makan roti canai!Mamak Conspirasy!!

kami keletihan setelah di tahan seharian.surat putih-jaminan keluarsurat kuning-arahan perubatan ke hospital
*Pada akhirnya ini yang terjadi kalau idea memuncak. Baru keluar balai ye bang?hehe*

*************************************************

Panjang jugakan apa yang aku taip ini. Wah...jadi bangga sendiri walaupun tak punya maksud dan pengertian apa-apa. Aku bangga kerana aku masih boleh berbagi rasa dengan blog aku ini. Free lagi.. Terima kasih Ronald Reagan sebab beri kemudahan internet kepada dunia. Tapi bill meroket tinggi!bodoh punya Ronald reagan. Kalau nak beri kemudahan pun,biarlah ianya percuma!!aku marah!! sudah-sudah aku dah penat....bye..

2 komentar:

  1. kelako la kau ni..aku bce citer kau asik tsenyum sorg2 je..haha~ so funny

    BalasHapus
  2. heheh..kelakar ke?tu je yang dapat hiburkan hati aku yang bercelaru dan rock ni!!haha..terima kasih sebab sudi jadi pembaca setia:)

    BalasHapus