Kamis, 22 April 2010

1984

" Berlari dan terus berlari mengejar mimpi walau penuh kawat berduri,dan tak ada lagi tempat tuk kembali,derita selalu datang menghampiri"


Pejam celik pejam celik umur dah makin meningkat,dan tinggal sedikit lagi waktu untuk melihat dunia yang luas dan bermasaalah ini. Dulu waktu pertama waktu Mak melahirkan aku,aku sama sekali tidak ingat bagaimana aku dilahirkan dan bagaimana aku keluar dari rahim ibu. Tetapi aku ingat waktu aku umur satu tahun!Ya,sumpah aku ingat. Waktu itu abang duduk sebelah mak. Umur abang waktu itu 2 atau 3 tahun. Mak berbual dengan Cik Nah. Cik Nah adalah istri dari abang angkat Ayah. Nama suaminya Pakcik Dollah. Dah lama tak jumpa Pakcik Dollah. Hari itu ada datang Taman Sri Pulai. Aku mengayuh ke sana. Rasa rindu memang tidak dapat di elakkan. Nak singgah rasa segan,jadi aku kurungkan niat untuk berjumpa dengan beliau.

Tahun1983 Ayah dan Mak pindah ke Taman Sri Pulai. Sebelum itu aku tidak pasti orang tua aku tinggal dimana. Waktu itu,masih ada beberapa keluarga yang tinggal di Taman Sri Pulai. Yang aku ingat keluarga Pakcik Dollah,Arwah Pakcik Mat,Pakcik Pi'e,Mak Yah dan tidak salah aku,itu yang aku ingat. Jadi itulah keluarga kami di rantauan ini. Sampai sekarang mereka masih ingat dengan aku,walaupun aku sekarang sudah separa Alien.

Rindu dengan zaman kecil-kecil dulu. Tapi aku ingin sekali rindu zaman umur aku satu tahun. Aku cuba mengingat kembali dengan sedaya upaya. Tapi tidak dapat. uh....

Kalau aku di beri pilihan sama ada pergi ke England atau kembali ke zaman dulu. Aku pilih zaman dulu. Sebab kenapa? di England tiada paya,tiada kawan aku udin yang pendiam,tiada Matno yang hebat,tiada bai yang gemok,usop yang cengeng,leman yang lotoi,dan taman permainan pakis. Semua ada di zaman kecilku. Itu tidak akan ada di England. Dulu kami adalah geng bola yang di segani. Sebab kami ada Mat No yang handal.

Aku rindu dengan tali pinggang ayah yang hinggap kat badan aku ini....

Agak-agak,kalau sudah besar panjang macam ini, kena sebat dengan tali pinggang bisa tak?aduh...rindu!

Jumat, 02 April 2010

Oh bulan beri sedikit cahaya


"bulan dan bintang dengarkan aku.Aku ingin bertanya mengapa kau begitu tegar menyinari bumi dimalam hari? Kau terlihat indah walau cahayamu masih kau pinjam dari sang matahari"

Aku bukan seorang yang hebat melakarkan satu skripsi ayat untuk mendongengkan semua orang. Aku hanya seorang si gila yang belajar dari kalian dan alam raya ini. Aku hanya ingin melakar,melakar sebuah cerita ku yang tidak bersuara disini. Ini adalah medium percuma yang aku miliki. Selepas aku tidak lagi menganggap dairy sebagai teman dekat ku. Aku sudah mula malas untuk menulis dengan secara manual dengan menggunakan pen atau pensil. Aku kini berjamak dengan teknologi. Berdusta pada pohon kerana kaku menggunakan pensil..Teknologi dan tuntutan yang melelahkan untuk diperbincangkan.......

Malam ini aku merasakan ada sesuatu yang menarik ingin aku tuliskan. Ini bukan soal cacian atau komedian dongeng. Ini adalah imajinasi dari sahabatku. Dia hanya teman aku yang aku kenal kurang dari 24 jam yang lalu. Begitu mudahkan sahabat itu hadir. Begitu mudah bukan sahabat itu menjadi inspirasi? Bertanya tentang keindahan bulan dan bintang. Mereka yang lain tidak melihat keindahan bintang dan bulan. Mereka tidak melihat sejauh mana meteroid-meteroid itu bersinar dan bagaimana serpihan meteroid bagaikan debu itu menyinar? Bintang tidak pernah wujud. Bintang tidak pernah berbentuk 5 penjuru. Bintang hanyalah serpihan batu-batu angkasa. Kawan,mengapa kau suka bertanya tentang hidup? Tentang kehidupan yang kau sangka indah? Aku memahami,dan kau juga harus memahami bahawa hidup ini selalu tidak seindah yang kita bayangkan. Kita hanya dapat keindahan itu dalam mimpi. Seorang kaya dari Russia juga masih dihimpit satu juta satu kesulitan dalam memikirkan kemana dia harus bawa kekayaan ketika dia dikubur bersama cacing tanah! Hidup ini sederhana. Kau nyalakan mancis lalu ia terang,kau tiup lalu ia padam. Itulah hebatnya keajaiban Sang Tuhan!

Malam tadi,aku tanyakan sesuatu dengan Fahmi tentang dua orang yang sangat berharga dalam hidup aku. " Aku menyayangi bukan untuk dia sendiri,tetapi berdua,malah bertiga". Mungkin tidak terlalu penting perbincangan tentang peristiwa mahkluk yang pernah muncul mengisi hati ini kepada sahabatku ini. Tetapi aku perlu seseorang untuk mendengar. Tidak perlu memahami dan cukup untuk mendengar. Aku puas! Aku bertanya kepada seorang lagi sahabat. Tapi kali ini mulut aku tidak bersuara. Hanya bertaip ria didalam ruangan jaringan sosial. Oh..aku mengerti sekarang. Mengapa selama ini kemurungan itu berlangsung terlalu lama. Sangat lama! Maafkan aku. Benarkah dunia ini tidak menawarkan apa-apa pilihan lagi buat mu sayang? Benarkah dunia ini sudah mula jijik melihat kau dan sejarah kau? Tidak perlu kau hiraukan dunia yang serba bising dengan kekalutan manusia-manusia yang tidak beribadat secara ikhlas ini. Cukup kau yang memahami tentang ini semua. Kau bukan seorang yang masih lagi berdiri dalam paksi kau yang tunggal. Tetapi berdiri di antara sekian alam yang kejam ini. Sayang,bangkit dan lawan rasa bodoh itu ya. Aku tahu kamu boleh tepis itu semua dengan logika kamu!

Jam sudah menunjukkan pada 1/4 pagi. Masih diselimuti mimpi-mimpi. Masih lagi berpaut pada keindahan. Aku? Masih lagi mencari formula yang berkesan untuk memecahkan kali-kali hidup ini. Kali-kali yang menyumpah hidup aku sedemikian rupa. Apakah kau pernah merasakannya sahabat? Ya.kaulah..siapa lagi! Bukankah kau tadi yang menemani aku dan bercerita tentang kehebohan hidup ini. Seberapa banyakkah kau mengumpul sampah-sampah pengalaman untuk kau kitar semula menjadi satu yang berharga? Pergunakan sebaik-baiknya sampah itu. Agar kelak kau dapat menggunakannya sebaik-baik harta untuk kau taburkan kepada yang sangat memerlukan. Siapa? Ya anak bangsa yang sedang bergelumang dengan kepalsuan dan penipuan sejarah inilah! Ini tanggung jawabmu sebagai anak bangsa untuk melengkapi sesama anak bangsa. Itulah arti hidup. Berbagi,memberi,menghormati,dan saling memenuhi. Indah bukan kehidupan? Seperti di lakar diatas kertas dan ditulis dengan pena biru.

Untuk peri kecilku yang sangat aku sayangi. Aku hanya mampu menulis untuk bercerita dengan mu. Walaupun kau masih belum mengerti ini, aku harap kau mendengar dan kau membaca ini melalui hati mu. Andai sahaja kehidupan ini dapat di negosasikan, aku akan menemuimu dan bercerita tentang ' Bob The Builder' yang kuat untuk mengangkat besi dan tanah. Mungkin aku akan bercerita tentang ' Upin dan Ipin' naik ke angkasa itu adalah benar. Agar kau nanti mau bercita-cita naik ke angkasa. Walaupun kau tidak melihat sama sekali bendera negara mu tidak terpacak disana,dan kau tidak temui tapak kaki Upin dan Ipin, anggap saja kau adalah mereka. Kau pacakkan bendera dan kau tulis di kain bendera bahwa " aku sekarang tidak lagi bercita-cita,tetapi aku telah merasakkannya. Aku berjaya!!" Buat Ibu,aku,dan semuanya tersenyum bangga! Kau sudah pandai basuh pinggan dan kayuh basikal sekarang. Kau sudah besar sayang...

Aku bukan menulis untuk sebuah nama, tetapi aku menulis untuk semua nama. Inilah perjalanan. Perjalanan dalam metafora kehidupan yang berkomedi dan berskrip....