Minggu, 11 Juli 2010
kosong kelontang
Ingin sekali menulis sesuatu yang panjang berjela. Cuma idea akan musnah apabila aku berada di depan komputer ini..uh.. Jauhkan internet dari aku,dan aku boleh menulis sesuatu yang bagus hanya dengan Microsoft Word! aduh....
Kamis, 01 Juli 2010
melangkah untuk pijakan pertama
Tidak terasa sudah pun hampir 2 minggu meninggalkan tanah malaya yang tercinta. Segalanya ada disana,dan hati ini mula merindui satu persatu sahabat yang pernah hadir. Rindu dengan keluarga adalah faktor utama kenapa aku mula menulis di blog ini. Dan faktor yang kedua adalah cinta dan persahabatan. Jauh dari landasan lubuk hati yang paling kecil ini,ingin sekali terus berada di titik berpijak yang sama dengan sahabat,kekasih dan keluarga. Tapi inilah yang telah di tentukan oleh NYA. Disaat perpisahan itu menjadikan hati ini semakin gundah gulana...
Bukan apa,semenjak dua menjak ini, nak mencari kerja sangat lah susah. Tidak banyak peluang pekerjaan yang tersedia di Indonesia ini. Walhal jawatan sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran pun sangat susah. Aku saat ini cuba membuat peluang kerja untuk diri aku sendiri saat ini. Walaupun masih terhalang oleh berbagai rintangan dan dugaan. Membangun sesuatu usaha pernigaan bukanlah mudah. bermacam-macam ragam yang tersedia di awal berangkat menjadi seorang peniaga. Paling besar adalah modal. Jadi untuk pertama sekali mencari modal adalah dengan bekerja dahulu,dan simpan sedikit demi sedikit untuk membangun perniagaan tahap pertama.
Tapi ini hanyalah coretan dan idea yang berlimpah ruah tetapi kering dari segi materialnya.
Untuk saat ini aku terus berusaha semampu aku untuk bangun dari kelumpuhan hidup ini. tapi aku yakin atas dorongan dan sokongan sahabat,kekasih dan keluarga aku yakin boleh membangun secara bertahap..
amin...
hidup penuh dengan segala cobaan dan rintangan yang maha dasyat!!
Bukan apa,semenjak dua menjak ini, nak mencari kerja sangat lah susah. Tidak banyak peluang pekerjaan yang tersedia di Indonesia ini. Walhal jawatan sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran pun sangat susah. Aku saat ini cuba membuat peluang kerja untuk diri aku sendiri saat ini. Walaupun masih terhalang oleh berbagai rintangan dan dugaan. Membangun sesuatu usaha pernigaan bukanlah mudah. bermacam-macam ragam yang tersedia di awal berangkat menjadi seorang peniaga. Paling besar adalah modal. Jadi untuk pertama sekali mencari modal adalah dengan bekerja dahulu,dan simpan sedikit demi sedikit untuk membangun perniagaan tahap pertama.
Tapi ini hanyalah coretan dan idea yang berlimpah ruah tetapi kering dari segi materialnya.
Untuk saat ini aku terus berusaha semampu aku untuk bangun dari kelumpuhan hidup ini. tapi aku yakin atas dorongan dan sokongan sahabat,kekasih dan keluarga aku yakin boleh membangun secara bertahap..
amin...
hidup penuh dengan segala cobaan dan rintangan yang maha dasyat!!
Senin, 10 Mei 2010
Belacan Veggie
"Gilas bumi dengan getah rodamu,agar alam merasakan kau adalah sahabat yang baik buat dia"
Hampir 6 bulan kau menjadi sahabat paling dekat dengan aku. Membawa aku ke satu perjalanan yang indah,bersahabat,dan menarik. Hari ini,aku terpaksa melepaskan mu dari sisi. Melepaskan keindahan sewaktu kita bersama. Kalau suatu hari nanti kita di takdirkan kembali,aku tak mahu lagi melepaskan mu. janji!
Sahabat...
Aku tak bermaksud untuk melepaskan mu dari ikatan yang kita telah ikat selama 6 bulan ini. Tetapi kau harus faham bahwa di dalam keadaan yang tersepit ini aku harus meninggalkanmu. Tapi kau jangan risau,aku akan secepat mungkin mencari pengganti baru dirimu. Nama ia akan sama dengan nama mu. hanya akan ku tambah di belakang nama itu 'J.R' ( junior ). Nanti dia yang akan membantu aku. Kau sedih? Kau jangan sedih,sahabat baru kau juga baik. Cuma dia agak sedikit berat dari aku. Nanti kau jangan buat dia kesal ok. Berkawanlah baik-baik. Nanti kalau ada kesempatan,aku minta izin ke dia kita keluar berdua. Hanya kita berdua!..
Kau sayang aku?Aku juga sangat sayang ke kau!!!miss u BELACAN VEGGIE basikal ku tersayang!
Sabtu, 08 Mei 2010
Antara Anyer dan Jakarta
- Mimpiku yang paling manis terwujudkan-"Tak semestinya yang gagal selalu gagal. Gagal adalah awal dari bangkit menuju kejayaan"
Pejam celik pejam celik tak terasa hampir 7 bulan aku menetap di Malaysia ini. Dulu pernah hampir 8 tahun tidak pernah menjejakkan kaki di tanah Malaya tercinta ini. Berkobar hati rasanya ingin pulang ke Malaysia. Rasa rindu pada keluarga,sahabat,guru,dan sekolah. Bagaimana hidup di rantauan menjadi pelajaran dan pengalaman yang tidak dapat di bandingkan dengan letusan Merapi yang maha dasyat.
.....Kini aku berada di kerinduan yang ku simpan 8 tahun lamanya...
Sepanjang sejarah hidup aku,aku belum pernah mengalah dalam apa pun yang aku rasa itu susah untuk aku capai dan buktikan. Selama masih bernafas,bergerak,dan berfikir aku akan lakukan semampuku. Kerana aku captain dalam kemudi diri ku sendiri. Setebal apa debu,sekeras apa tembok menghalang,bagi aku itu hanya permainan biasa dalam menempuh realita. Kerana aku tahu bahwa kalkulasi hukum matematik Tuhan adalah Ghaib dan sangat teratur.
Kini setelah ku benamkan kerinduan 8 Tahun...
Aku goyah menetapkan bahagian mana tanah tumpah darahku. Bahagian mana awal kaki ini mulai menyentuh bumi. Aku teraba dalam lintang yang samar. Kini sudah waktunya,aku kembali pada 8 tahun yang ingin merindui. Cuma sekali ini siapakah aku 8 tahun nantinya?erm....membosankan...
Untuk sahabat-sahabat yang selalu membimbing,mengajar,menegur dan segalanya aku ucapkan jutaan terima kasih dengan budi baik kalian yang tersangat baik. Tanpa kalian aku belum tentu dapat memahami sejauh mana ilmu dapat dicuri. Aku ingin habiskan waktu yang tersisa dengan kalian. Rindu kalian sangat-sangat nantinya...Tapi bagaimanakan,setiap kita manusia ada memiliki cita-cita tersendiri. Kita capai segala apa yang termampu...
Ini aku untuk hari ini,esok,lusa dan sampai kapan pun....
Selasa, 04 Mei 2010
Batu Pahat dan Pallas Jazz Hijau
Sudah hampir 2 minggu lebih aku tak menulis di blog ini. Erm..Perasaan yang mula tidak bertempat dan fikiran yang mula bercelaru. Menulis bagi adalah satu terapi yang sedikit boleh melonggarkan urat saraf yang menegang. Tidak kiralah apapun penulisan yang ingin dilakarkan,asalkan penulisan itu datangnya dari kemahuan kita sendiri. Tahukah bahawa menulis adalah keakraban terhadap ilmu dan pengalaman.
Hari Jumaat yang lalu,aku merentasi ekspedisi percutian menarik bersama kawan-kawan. Percutian ini bukanlah percutian ke Pulau,luar negara atau di dalam hutan. Tapi yang paling tepatnya adalah percutian di Bandar Batu Pahat. Bandar yang bersahabat dengan alam dan bandar yang punya keistimewaan menu makanan yang berbagai. Sisi yang menarik dari Batu Pahat adalah bangunan lama yang masih berdiri megah dan terjaga..
Di Batu Pahat ada Kasut Pallas Jazz Hijau, dan ada bunga yang membuat aku terbau akan harumnya. Bunga yang aku selitkan dengan Cincin Sayangku Dari Tissue Kertas.....Aku sangat merindui Batu Pahat dan Bunga Indahnya..uhuiiiiiiiiii!!
Hari Jumaat yang lalu,aku merentasi ekspedisi percutian menarik bersama kawan-kawan. Percutian ini bukanlah percutian ke Pulau,luar negara atau di dalam hutan. Tapi yang paling tepatnya adalah percutian di Bandar Batu Pahat. Bandar yang bersahabat dengan alam dan bandar yang punya keistimewaan menu makanan yang berbagai. Sisi yang menarik dari Batu Pahat adalah bangunan lama yang masih berdiri megah dan terjaga..
Di Batu Pahat ada Kasut Pallas Jazz Hijau, dan ada bunga yang membuat aku terbau akan harumnya. Bunga yang aku selitkan dengan Cincin Sayangku Dari Tissue Kertas.....Aku sangat merindui Batu Pahat dan Bunga Indahnya..uhuiiiiiiiiii!!
Kamis, 22 April 2010
1984
" Berlari dan terus berlari mengejar mimpi walau penuh kawat berduri,dan tak ada lagi tempat tuk kembali,derita selalu datang menghampiri"Tahun1983 Ayah dan Mak pindah ke Taman Sri Pulai. Sebelum itu aku tidak pasti orang tua aku tinggal dimana. Waktu itu,masih ada beberapa keluarga yang tinggal di Taman Sri Pulai. Yang aku ingat keluarga Pakcik Dollah,Arwah Pakcik Mat,Pakcik Pi'e,Mak Yah dan tidak salah aku,itu yang aku ingat. Jadi itulah keluarga kami di rantauan ini. Sampai sekarang mereka masih ingat dengan aku,walaupun aku sekarang sudah separa Alien.
Rindu dengan zaman kecil-kecil dulu. Tapi aku ingin sekali rindu zaman umur aku satu tahun. Aku cuba mengingat kembali dengan sedaya upaya. Tapi tidak dapat. uh....
Kalau aku di beri pilihan sama ada pergi ke England atau kembali ke zaman dulu. Aku pilih zaman dulu. Sebab kenapa? di England tiada paya,tiada kawan aku udin yang pendiam,tiada Matno yang hebat,tiada bai yang gemok,usop yang cengeng,leman yang lotoi,dan taman permainan pakis. Semua ada di zaman kecilku. Itu tidak akan ada di England. Dulu kami adalah geng bola yang di segani. Sebab kami ada Mat No yang handal.
Aku rindu dengan tali pinggang ayah yang hinggap kat badan aku ini....
Agak-agak,kalau sudah besar panjang macam ini, kena sebat dengan tali pinggang bisa tak?aduh...rindu!
Jumat, 02 April 2010
Oh bulan beri sedikit cahaya

"bulan dan bintang dengarkan aku.Aku ingin bertanya mengapa kau begitu tegar menyinari bumi dimalam hari? Kau terlihat indah walau cahayamu masih kau pinjam dari sang matahari"
Aku bukan seorang yang hebat melakarkan satu skripsi ayat untuk mendongengkan semua orang. Aku hanya seorang si gila yang belajar dari kalian dan alam raya ini. Aku hanya ingin melakar,melakar sebuah cerita ku yang tidak bersuara disini. Ini adalah medium percuma yang aku miliki. Selepas aku tidak lagi menganggap dairy sebagai teman dekat ku. Aku sudah mula malas untuk menulis dengan secara manual dengan menggunakan pen atau pensil. Aku kini berjamak dengan teknologi. Berdusta pada pohon kerana kaku menggunakan pensil..Teknologi dan tuntutan yang melelahkan untuk diperbincangkan.......
Malam ini aku merasakan ada sesuatu yang menarik ingin aku tuliskan. Ini bukan soal cacian atau komedian dongeng. Ini adalah imajinasi dari sahabatku. Dia hanya teman aku yang aku kenal kurang dari 24 jam yang lalu. Begitu mudahkan sahabat itu hadir. Begitu mudah bukan sahabat itu menjadi inspirasi? Bertanya tentang keindahan bulan dan bintang. Mereka yang lain tidak melihat keindahan bintang dan bulan. Mereka tidak melihat sejauh mana meteroid-meteroid itu bersinar dan bagaimana serpihan meteroid bagaikan debu itu menyinar? Bintang tidak pernah wujud. Bintang tidak pernah berbentuk 5 penjuru. Bintang hanyalah serpihan batu-batu angkasa. Kawan,mengapa kau suka bertanya tentang hidup? Tentang kehidupan yang kau sangka indah? Aku memahami,dan kau juga harus memahami bahawa hidup ini selalu tidak seindah yang kita bayangkan. Kita hanya dapat keindahan itu dalam mimpi. Seorang kaya dari Russia juga masih dihimpit satu juta satu kesulitan dalam memikirkan kemana dia harus bawa kekayaan ketika dia dikubur bersama cacing tanah! Hidup ini sederhana. Kau nyalakan mancis lalu ia terang,kau tiup lalu ia padam. Itulah hebatnya keajaiban Sang Tuhan!
Malam tadi,aku tanyakan sesuatu dengan Fahmi tentang dua orang yang sangat berharga dalam hidup aku. " Aku menyayangi bukan untuk dia sendiri,tetapi berdua,malah bertiga". Mungkin tidak terlalu penting perbincangan tentang peristiwa mahkluk yang pernah muncul mengisi hati ini kepada sahabatku ini. Tetapi aku perlu seseorang untuk mendengar. Tidak perlu memahami dan cukup untuk mendengar. Aku puas! Aku bertanya kepada seorang lagi sahabat. Tapi kali ini mulut aku tidak bersuara. Hanya bertaip ria didalam ruangan jaringan sosial. Oh..aku mengerti sekarang. Mengapa selama ini kemurungan itu berlangsung terlalu lama. Sangat lama! Maafkan aku. Benarkah dunia ini tidak menawarkan apa-apa pilihan lagi buat mu sayang? Benarkah dunia ini sudah mula jijik melihat kau dan sejarah kau? Tidak perlu kau hiraukan dunia yang serba bising dengan kekalutan manusia-manusia yang tidak beribadat secara ikhlas ini. Cukup kau yang memahami tentang ini semua. Kau bukan seorang yang masih lagi berdiri dalam paksi kau yang tunggal. Tetapi berdiri di antara sekian alam yang kejam ini. Sayang,bangkit dan lawan rasa bodoh itu ya. Aku tahu kamu boleh tepis itu semua dengan logika kamu!
Jam sudah menunjukkan pada 1/4 pagi. Masih diselimuti mimpi-mimpi. Masih lagi berpaut pada keindahan. Aku? Masih lagi mencari formula yang berkesan untuk memecahkan kali-kali hidup ini. Kali-kali yang menyumpah hidup aku sedemikian rupa. Apakah kau pernah merasakannya sahabat? Ya.kaulah..siapa lagi! Bukankah kau tadi yang menemani aku dan bercerita tentang kehebohan hidup ini. Seberapa banyakkah kau mengumpul sampah-sampah pengalaman untuk kau kitar semula menjadi satu yang berharga? Pergunakan sebaik-baiknya sampah itu. Agar kelak kau dapat menggunakannya sebaik-baik harta untuk kau taburkan kepada yang sangat memerlukan. Siapa? Ya anak bangsa yang sedang bergelumang dengan kepalsuan dan penipuan sejarah inilah! Ini tanggung jawabmu sebagai anak bangsa untuk melengkapi sesama anak bangsa. Itulah arti hidup. Berbagi,memberi,menghormati,dan saling memenuhi. Indah bukan kehidupan? Seperti di lakar diatas kertas dan ditulis dengan pena biru.
Untuk peri kecilku yang sangat aku sayangi. Aku hanya mampu menulis untuk bercerita dengan mu. Walaupun kau masih belum mengerti ini, aku harap kau mendengar dan kau membaca ini melalui hati mu. Andai sahaja kehidupan ini dapat di negosasikan, aku akan menemuimu dan bercerita tentang ' Bob The Builder' yang kuat untuk mengangkat besi dan tanah. Mungkin aku akan bercerita tentang ' Upin dan Ipin' naik ke angkasa itu adalah benar. Agar kau nanti mau bercita-cita naik ke angkasa. Walaupun kau tidak melihat sama sekali bendera negara mu tidak terpacak disana,dan kau tidak temui tapak kaki Upin dan Ipin, anggap saja kau adalah mereka. Kau pacakkan bendera dan kau tulis di kain bendera bahwa " aku sekarang tidak lagi bercita-cita,tetapi aku telah merasakkannya. Aku berjaya!!" Buat Ibu,aku,dan semuanya tersenyum bangga! Kau sudah pandai basuh pinggan dan kayuh basikal sekarang. Kau sudah besar sayang...
Aku bukan menulis untuk sebuah nama, tetapi aku menulis untuk semua nama. Inilah perjalanan. Perjalanan dalam metafora kehidupan yang berkomedi dan berskrip....
Langganan:
Postingan (Atom)