Selasa, 04 Mei 2010

Batu Pahat dan Pallas Jazz Hijau

Sudah hampir 2 minggu lebih aku tak menulis di blog ini. Erm..Perasaan yang mula tidak bertempat dan fikiran yang mula bercelaru. Menulis bagi adalah satu terapi yang sedikit boleh melonggarkan urat saraf yang menegang. Tidak kiralah apapun penulisan yang ingin dilakarkan,asalkan penulisan itu datangnya dari kemahuan kita sendiri. Tahukah bahawa menulis adalah keakraban terhadap ilmu dan pengalaman.

Hari Jumaat yang lalu,aku merentasi ekspedisi percutian menarik bersama kawan-kawan. Percutian ini bukanlah percutian ke Pulau,luar negara atau di dalam hutan. Tapi yang paling tepatnya adalah percutian di Bandar Batu Pahat. Bandar yang bersahabat dengan alam dan bandar yang punya keistimewaan menu makanan yang berbagai. Sisi yang menarik dari Batu Pahat adalah bangunan lama yang masih berdiri megah dan terjaga..

Di Batu Pahat ada Kasut Pallas Jazz Hijau, dan ada bunga yang membuat aku terbau akan harumnya. Bunga yang aku selitkan dengan Cincin Sayangku Dari Tissue Kertas.....Aku sangat merindui Batu Pahat dan Bunga Indahnya..uhuiiiiiiiiii!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar