Jumat, 02 April 2010

Oh bulan beri sedikit cahaya


"bulan dan bintang dengarkan aku.Aku ingin bertanya mengapa kau begitu tegar menyinari bumi dimalam hari? Kau terlihat indah walau cahayamu masih kau pinjam dari sang matahari"

Aku bukan seorang yang hebat melakarkan satu skripsi ayat untuk mendongengkan semua orang. Aku hanya seorang si gila yang belajar dari kalian dan alam raya ini. Aku hanya ingin melakar,melakar sebuah cerita ku yang tidak bersuara disini. Ini adalah medium percuma yang aku miliki. Selepas aku tidak lagi menganggap dairy sebagai teman dekat ku. Aku sudah mula malas untuk menulis dengan secara manual dengan menggunakan pen atau pensil. Aku kini berjamak dengan teknologi. Berdusta pada pohon kerana kaku menggunakan pensil..Teknologi dan tuntutan yang melelahkan untuk diperbincangkan.......

Malam ini aku merasakan ada sesuatu yang menarik ingin aku tuliskan. Ini bukan soal cacian atau komedian dongeng. Ini adalah imajinasi dari sahabatku. Dia hanya teman aku yang aku kenal kurang dari 24 jam yang lalu. Begitu mudahkan sahabat itu hadir. Begitu mudah bukan sahabat itu menjadi inspirasi? Bertanya tentang keindahan bulan dan bintang. Mereka yang lain tidak melihat keindahan bintang dan bulan. Mereka tidak melihat sejauh mana meteroid-meteroid itu bersinar dan bagaimana serpihan meteroid bagaikan debu itu menyinar? Bintang tidak pernah wujud. Bintang tidak pernah berbentuk 5 penjuru. Bintang hanyalah serpihan batu-batu angkasa. Kawan,mengapa kau suka bertanya tentang hidup? Tentang kehidupan yang kau sangka indah? Aku memahami,dan kau juga harus memahami bahawa hidup ini selalu tidak seindah yang kita bayangkan. Kita hanya dapat keindahan itu dalam mimpi. Seorang kaya dari Russia juga masih dihimpit satu juta satu kesulitan dalam memikirkan kemana dia harus bawa kekayaan ketika dia dikubur bersama cacing tanah! Hidup ini sederhana. Kau nyalakan mancis lalu ia terang,kau tiup lalu ia padam. Itulah hebatnya keajaiban Sang Tuhan!

Malam tadi,aku tanyakan sesuatu dengan Fahmi tentang dua orang yang sangat berharga dalam hidup aku. " Aku menyayangi bukan untuk dia sendiri,tetapi berdua,malah bertiga". Mungkin tidak terlalu penting perbincangan tentang peristiwa mahkluk yang pernah muncul mengisi hati ini kepada sahabatku ini. Tetapi aku perlu seseorang untuk mendengar. Tidak perlu memahami dan cukup untuk mendengar. Aku puas! Aku bertanya kepada seorang lagi sahabat. Tapi kali ini mulut aku tidak bersuara. Hanya bertaip ria didalam ruangan jaringan sosial. Oh..aku mengerti sekarang. Mengapa selama ini kemurungan itu berlangsung terlalu lama. Sangat lama! Maafkan aku. Benarkah dunia ini tidak menawarkan apa-apa pilihan lagi buat mu sayang? Benarkah dunia ini sudah mula jijik melihat kau dan sejarah kau? Tidak perlu kau hiraukan dunia yang serba bising dengan kekalutan manusia-manusia yang tidak beribadat secara ikhlas ini. Cukup kau yang memahami tentang ini semua. Kau bukan seorang yang masih lagi berdiri dalam paksi kau yang tunggal. Tetapi berdiri di antara sekian alam yang kejam ini. Sayang,bangkit dan lawan rasa bodoh itu ya. Aku tahu kamu boleh tepis itu semua dengan logika kamu!

Jam sudah menunjukkan pada 1/4 pagi. Masih diselimuti mimpi-mimpi. Masih lagi berpaut pada keindahan. Aku? Masih lagi mencari formula yang berkesan untuk memecahkan kali-kali hidup ini. Kali-kali yang menyumpah hidup aku sedemikian rupa. Apakah kau pernah merasakannya sahabat? Ya.kaulah..siapa lagi! Bukankah kau tadi yang menemani aku dan bercerita tentang kehebohan hidup ini. Seberapa banyakkah kau mengumpul sampah-sampah pengalaman untuk kau kitar semula menjadi satu yang berharga? Pergunakan sebaik-baiknya sampah itu. Agar kelak kau dapat menggunakannya sebaik-baik harta untuk kau taburkan kepada yang sangat memerlukan. Siapa? Ya anak bangsa yang sedang bergelumang dengan kepalsuan dan penipuan sejarah inilah! Ini tanggung jawabmu sebagai anak bangsa untuk melengkapi sesama anak bangsa. Itulah arti hidup. Berbagi,memberi,menghormati,dan saling memenuhi. Indah bukan kehidupan? Seperti di lakar diatas kertas dan ditulis dengan pena biru.

Untuk peri kecilku yang sangat aku sayangi. Aku hanya mampu menulis untuk bercerita dengan mu. Walaupun kau masih belum mengerti ini, aku harap kau mendengar dan kau membaca ini melalui hati mu. Andai sahaja kehidupan ini dapat di negosasikan, aku akan menemuimu dan bercerita tentang ' Bob The Builder' yang kuat untuk mengangkat besi dan tanah. Mungkin aku akan bercerita tentang ' Upin dan Ipin' naik ke angkasa itu adalah benar. Agar kau nanti mau bercita-cita naik ke angkasa. Walaupun kau tidak melihat sama sekali bendera negara mu tidak terpacak disana,dan kau tidak temui tapak kaki Upin dan Ipin, anggap saja kau adalah mereka. Kau pacakkan bendera dan kau tulis di kain bendera bahwa " aku sekarang tidak lagi bercita-cita,tetapi aku telah merasakkannya. Aku berjaya!!" Buat Ibu,aku,dan semuanya tersenyum bangga! Kau sudah pandai basuh pinggan dan kayuh basikal sekarang. Kau sudah besar sayang...

Aku bukan menulis untuk sebuah nama, tetapi aku menulis untuk semua nama. Inilah perjalanan. Perjalanan dalam metafora kehidupan yang berkomedi dan berskrip....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar