Kamis, 12 Maret 2009

hari khamis punya cerita~~



Dengan tenang badan ku berlabuh indah di sofa maroon yang sedikit lagi menunggu masa untuk di lempar ke dalam pembuangan sampah, tak menghalang keselesaan ku. aroma segar air sejuk yang aku hirup seperti rabusta afrika nan indah pesona. hijau daun pisang sayu melentur kekuningan ku koyak menjadi tiga bahagian. uh...nikmatnya kuih lepat ubi di sertai dengan air putih sejuk. Sape yang cakap kuih lepat ubi tu tak sedap. dia memang orang bodoh sedunia. ~SENGAL~

**********************************************************************************

"Pur...aku udah selamat melahirkan. Anakku kembar lelaki, namanya Alpan dan Alpin,lahirnya tanggal 22 Februari". Itulah pesan sms yang aku terima dari Hellen, istri kawan aku Iwan R. Teringat aku dengan iwan yang lucu. sifat keaanakkannya masih terlihat, tapi semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dia bekerja keras untuk kebahagian si Istri dan anaknya kelak. tapi hubungan komunikasi helen dan wan terputus beberapa bulan ini. atas sebab apa aku tak tau. tapi yang jelasnya hellen dah pergi ke Malaysia 6 bulan lalu dan bekerja dengan saudaranya di daerah Kuanan Pahang. Aku harap dengan Hellen menalifon aku, mereka akan dapat bekomunikasi kembali. yang aku rasa ingin sangat nak jumpa hellen adalah sebab anaknya kembar. geram rasanya dengan anak kembar ni..

Hari sabtu ni, Iwan nikah. Bukan Iwan R yang aku cerita di atas tadi. tapi ni "Iwan Punai". Iwan Punai ni kawan satu band dengan aku. Dah 3 band dia main ngan aku. Iwan R pun satu band projek juga dengan aku.tapi dah lama band projek tu terkubur.

Perasaan hati aku makin menujam ke bawah dasar bumi yang bersentuhan dengan mental bumi. tanggung jawab makin di depan mata. aku cuba pastikan yang aku tidak akan sedikit mengubah arah demi mewujudkan tanggung jawab yang bakal aku hadapi. aku menantikan akan kelarga yang makin besar, yang makin menghitung setiap mereka yang akan menjadi ayah,ibu, abang, adik yang baru. Mereka yang baru untuk ku hadiri sebagai tamu terhormat dalam sejarah peradaban hidup aku.

Nina juga semakin bisa berbagi tentang satu masaalah yang dia tak mampu uraikan. aku makin melihat satu perubahan dari si untaian hatiku Sarina. itulah Sarina. Dari begitu banyak wanita, hanya dia yang mampu mengimbangi aku merentas dogma problema yang tak teruraikan. mempersiakan dia adalah hal yang terbodoh jika "ia" aku melakukan. "No way Babeh"



mata dah kabur, penglihatan makin tak tertuju pada satu titik. aku nak menutup penulisan aku di hari khamis yang sedikit indah buat aku hari ni....

dah la...penat nak bercerita ni

2 komentar:

  1. lebat ubi??? saya tak suka..jadinya saya sengal lah ae??? damn it!!!

    BalasHapus
  2. heheh...ye ke??la..pesal tak suke?saya suka tau!!!heheehhe

    BalasHapus