Senin, 06 September 2010

Celoteh burung Camar


agak2 manusia seperti ini tahan di pukul tak ya?


Sudah lama tidak menulis panjang berjela di blog ini. Erm...hari ini aku cuba untuk menulis sesuatu yang aku ingin tuliskan. Entah kenapa tiba-tiba idea hilang ketika depan computer ini. Memang begitu zahirnya bagi aku. Idea sangat mudah datang dan ketika ingin merealisasikannya,ia tidak mudah. Mengikut apa yang aku pandang dan jalani saat aku hidup di dunia ini, dari 100 idea yang datang hinggap di imajinasi akalku hanya satu saja yang dapat aku realisasikan. Misalnya idea yang datang itu tidaklah susah mana,seperti aku ingin membuat sesuatu yang menarik di bahagian dinding dapur rumah sewaku. Membuat tempat meletak wadah bumbu masakan seperti garam,gula dan lain lain lagi. Membuat ianya tampak lebih rapi. Cuma idea itu hanya tinggal idea kerana itu terlalu mudah! Itu mudah tetapi susah melaksanakannya...Itulah wujud manusia tipikal yang berfikiran condong seperti aku.

Sisi negatif adalah sisi yang indah dan sangat mudah dan indah kalau di lakukan. Positif?erm..fikir-fikir dulu..

Hari Raya Aidilfitri tinggal menghitung hari lagi. Persiapan untuk menyambutnya masih belum di persiapkan sama sekali. Dari zakat fitrah,membersihkan rumah sewa dan mengepak baju. Kalau baju kotor dah aku hantar ke tukang cuci. Sebenarnya mahu hantar ke laundry,cuma sahaja laundry tidak mau menerima dengan alasan terlalu banyak pakaian pelanggan yang belum di siapkan. Habis satu Kota Tanjung Pinang ini aku jelajah untuk mencari laundry,hasilnya tetap sama dengan laundry pertama tadi. Akhirnya ambil inisiatif hantar pakaian ke jiran rumah sewa. Dapat jugalah makcik jiran ini duit belanja dapur.

Raya tahun ini aku belum tau,sama ada balik ke Johor Bahru atau tidak. Mak dah bising suruh balik. Sebenarnya tidak mau pulang,tetapi dapat khabar ayah sakit akibat kemalangan jalan raya. Sedih pula hati ini. Aku akan cuba usahakan untuk pulang juga. Itu pun kalau duit cukup. Duit itu ada,tapi hanya cukup - cukup untuk belanja sendiri. Duit rumah sudah bayar,elektrik,air semua dah lunas. Jadi simpanan makin menipis.

Hurm...Tahun ini sama dengan tahun lepas. Tidak ada yang menarik. Baju melayu yang 3 tahun lepas masih ada. Ganti pun sayang,bajunya masih bagus dan baru 3 kali di pakai. Setiap hari raya. Cuma kalau tidak aku tahun ini sudah beraya berdua bersama istri tersayang. Cuma tak sempat sampai ke jinjang terpaksa putus ikatan tunang dengan calon istri. Sekarang aku dengan dia baik-baik sahaja dan tidak pernah sombong untuk menegur siapa. Kalau masih dengan dia,mungkin sudah beraya bertiga. siapa? Aku , dia ,dan anak kami. hihihi

Entah apa yang aku merepek ini. Sebenarnya aku cuma menghilangkan rasa suntuk yang menyerang akal ku saat ini. Sebagai manusia selalu tidak lepas dari kesalahan dan perbuatan,,,

terakhir sekali..
selamat hari raya Aidilfitri
Mohon maaf zahir bathin
ikhlasku
GAF

3 komentar:

  1. best jugak baca..daripada bugak blog dan tgok post sendiri..walaupun raya dah lepas..dan raya krismas yang bakal menjelang..heeeeeeee

    **rindu kamu

    BalasHapus
  2. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus